.... Sambutan Ulangtahun UMNO ke-71 : Cabutan bertuah 6 kereta, 10 motosikal | AAKJ

Ahli UMNO yang mendaftar sebagai pengundi berpeluang untuk memenangi cabutan bertuah sempena sambutan ulangtahun UMNO ke-71 yang berlangsung pada 11 Mei nanti.

Setiausaha Kerja UMNO Datuk Abdul Rauf Yusoh berkata, ahli UMNO yang hadir pada majlis sambutan yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil berpeluang memenangi 6 buah kereta dan 10 motosikal.

Sambutan ulangtahun UMNO ke-71 itu adalah sambutan terbesar pernah diadakan dan sejumlah 140,000 dijangka hadir.

"Hadiah utama berupa Proton Perdana dan kita menjangkakan bilangan hadiah utama iaitu kereta akan meningkat kepada 10 buah. Cabutan bertuah ini hanya untuk ahli UMNO yang telah mendaftar sebagai pengundi.

"Untuk memenangi cabutan bertuah ini kita tidak mengunakan kupon sebaliknya ahli UMNO perlu mendaftar dengan memasukkan nombor kad pengenalan secara dalam talian menggunakan aplikasi yang akan diumumkan nanti," jelas Abdul Rauf.

Abdul Rauf berkata demikian selepas mempengerusikan Majlis Sambutan Hari UMNO ke-71 di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

Menurut beliau nama pemenang akan diumum pada malam sabutan pada 11 Mei dan hanya ahli yang berada di lokasi berhak menerima hadiah.

Selain itu golongan muda dari pelbagai kaum juga berpeluang untuk memenangi hadiah bernilai RM5,000 hingga 20,000 bagi pertandingan Generasi TN50 yang berupa penulisan esei, fotografi dan video pendek.

Sambutan ulangtahun UMNO ke-71 akan bermula pada 1 Mei dengan acara larian bendera yang akan dilepaskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Larian yang akan berakhir pada 10 Mei itu akan dilakukan serentak di empat penjuru iaitu di Perlis, Kelantan, Johor dan Sabah.

Pelbagai acara juga diadakan di peringkat negeri termasuk pertandingan Dikir Barat. 

-UM
DAP menegaskan semua parti dalam Pakatan Harapan mengamalkan konsep sama rata, sekali gus menolak cadangan PPBM untuk menjadi parti utama mendukung perjuangan Pakatan Harapan. Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke, berkata cadangan yang disuarakan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin, itu tidak sepatutnya ditimbulkan kerana tidak wujud persoalan mana-mana parti mendominasi pakatan itu. "Seperti kita sedia maklum, semua parti di bawa Pakatan Harapan mempunyai hak yang sama rata. "Maka, tiada isu parti mana yang akan mendominasi gabungan parti itu. "Hak itu juga diamalkan sejak penubuhan Pakatan Rakyat," katanya pada sidang media di Bilik Media Parlimen, hari ini. Semalam, Muhyiddin dilaporkan berkata pihaknya mencadangkan gabungan itu berteraskan Melayu di mana parti pimpinannya itu akan mendukung perjuangan Pakatan Harapan. Pada 14 Mac lalu, pimpinan PPBM sebulat suara bersetuju untuk membentuk gabungan rasmi dengan Pakatan Harapan.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/264678
Barisan Nasional (BN) bersiap siaga lebih 100 peratus untuk menentang semua calon daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang akan bertanding atas tiket Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), akan datang. Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata persiapan termasuk di peringkat akar umbi itu dilakukan susulan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang membuat pusingan-U apabila menyalahkan UMNO kerana gagal mengurus tadbir negara dan bukannya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. "Najib adalah bahtera kepada UMNO dan BN. Semua ahli parti termasuk di peringkat akar umbi perlu mempertahankan beliau bagi mengelak berlakunya kebocoran 'kapal' sehingga menyebabkan karam. "BN akan menentang semua calon daripada PH termasuk Tun Dr Mahathir yang dikhabarkan akan bertanding pada PRU-14 akan datang berdasarkan amalan demokrasi," katanya yang juga Menteri Pendidikan selepas merasmikan majlis penutup Program Jelajah Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia 2017 peringkat negeri, di sini, petang ini. Turut hadir Ketua Setiausaha Pendidikan, Datuk Seri Alias Ahmad; Pengarah Jabatan Pendidikan negeri, Shafruddin Ali Hussin dan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Tranformasi negeri, A Latiff Awang. Mengulas mengenai program debat antara Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dan Dr Mahathir yang dijadualkan 7 April depan, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah itu berkata, terpulang kepada pihak penganjur sama ada mahu meneruskan atau sebaliknya. "Pendapat peribadi saya, program sesi Laksa dan Cendol yang diadakan antara Mohamed Nazri dan dan Dr Mahathir semalam sudah memadai, tetapi terpulanglah kepada penganjur dan dua pemimpin itu," katanya. Mengenai program Jelajah Pendidikan itu, Mahdzir berkata, semua cadangan dan isu dibangkitkan ibu bapa melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) akan dikumpul sebelum tindakan dilakukan jawatankuasa khas dipengerusikan Alias.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/264347

Artikel Terkini

    Post a Comment Blogger

    Top