.... RUU 355 Tidak Akan Dibentangkan Oleh Barisan Nasional | AAKJ





Terkini, Barisan Nasional (BN) memutuskan untuk tidak membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355.

Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang berlangsung di Menara Dato’ Onn yang bermula kira-kira jam 9.30 malam tadi.

Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak, berkata keputusan itu selaras dengan amalan BN yang akan membuat keputusan berdasarkan konsensus bersama parti komponen.

Sehubungan itu, katanya, pembentangan RUU 355 akan kekal sebagai rang undang-undang persendirian yang akan dibentangkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“RUU ini akan terus menjadi rang undang-undang persendirian dan kami menyerahkan sepenuhnya kepada speaker untuk menentukan (bila dibentangkan), bergantung pada aturan mesyuarat Dewan Rakyat.

“Jika speaker putuskan untuk membenarkan RUU 355 dibentang, maka ia akan dibentangkan dan speaker juga akan memutuskan peraturan mengenai (pembentangan) RUU itu.

“Kita tidak akan bentang dan tentukan dasar kita dalam soal ini kerana RUU 355 ini adalah rang undang-undang persendirian,” jelasnya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Dewan Tertinggi BN.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top