.... Rosmah Tidak Boleh, Bini Guan Eng Boleh | AAKJ



Pegawai Khas di Pejabat Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor mendakwa isteri Ketua Menteri Pulau Pinang, Betty Chew pernah dilantik sebagai Ketua Majlis Pembangunan, Pembinaan dan Pengurusan Hartanah dalam Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang (PCCC).

“Saya tidak pasti sama ada Betty menerima sebarang elaun atau ganjaran, tetapi siapakah beliau untuk dilantik sebagai salah seorang individu penting dalam PCCC jika bukan kerana beliau isteri ketua menteri Pulau Pinang?” tanya Rizal dalam catatan Facebook beliau.

Rizal berkata demikian sebagai menjawab kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, yang mengatakan beliau tidak seharusnya dibandingkan dengan Rosmah yang tidak dilantik memegang jawatannya itu.

“Terdapat perbezaan antara saya dan Rosmah. Saya memegang jawatan sebagai ketua menteri, saya menjadi ketua menteri selepas dipilih oleh rakyat.

“Rosmah tidak dipilih oleh rakyat, kedudukannya diperolehi dengan berkahwin dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak,” kata Lim.

Isu pelantikan Chew sebagai Ketua Majlis Pembangunan, Pembinaan dan Pengurusan Hartanah dalam PCCC pernah mencetuskan kontroversi kerana status beliau sebagai isteri Lim yang juga merupakan Pengerusi Hal Ehwal Tanah dan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan negeri.

Pelantikan itu turut menimbulkan pertikaian memandangkan kerajaan negeri didakwa mempunyai hubungan rapat dengan PCCC yang dipengerusikan Tan Sri Tan Kok Ping.

Mengulas lanjut, Rizal berkata, Rosmah hanya menjadi penaung Pusat Anak Permata Negara (PERMATA) yang tidak mempunyai sebarang kuasa eksekutif dan tidak dibayar gaji walaupun satu sen.

“Beliau (Yeo) pertikaikan, tiadakah pegawai kerajaan yang boleh pegang jawatan itu. Bukankah itu pertanyaan yang bodoh? Pegawai kerajaan adalah seorang yang bergaji. Apakah kerajaan mahu letak seorang kakitangan sebagai penaung tanpa membayar gaji?” katanya.

Pada masa yang sama, Rizal turut menyerang Yeo yang menuduh beliau sebagai lari dari isu pokok.

“Saya tidak pernah lari dari isu pokok. Malah saya telah mengambil inisiatif lebih daripada sepatutnya dengan membawa beliau dan rombongannya melawat pusat PERMATA.

“Isu yang timbul ini dibangkitkan olehnya sendiri. Hujan tidak ribut pun tidak, tiba-tiba pada September 2016 beliau mengiktiraf model Permata. Pada Oktober 2016, beliau telah dibawa melawat PERMATA dan satu sesi dialog telah diadakan,” jelasnya.

Tambah Rizal, segala persoalan yang ditimbulkan olehnya telah dijawab panjang lebar semasa sesi dialog berkenaan.

“Kemungkinan besar ‘pengiktirafan’ yang beliau telah berikan kepada PERMATA menimbulkan kemarahan pemimpin-pemimpin DAP. Mungkin atas sebab itulah beliau terpaksa membuat pusingan U dengan menyasarkan serangan terhadap Rosmah.

“Maklumlah pilihan raya umum ke-14 makin hampir. Perlu buat sesuatu agar nama menonjol dan dapat kekal sebagai calon,” katanya lagi



sumber

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top