.... Ribuan Rakyat Akan Tampil Untuk Pertandingan Karangan Buat Kit Siang Gundah Gulana? | AAKJ





Kini, penasihat DAP Lim Kit Siang dilihat kelihatan mula goyah dan tidak tentu arah apabila diserang oleh Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa mengenai sifat rasis, anti-Islam dan diktatornya.

Natijah dari perasaan itu, beberapa pemimpin muda dalam DAP tampil membuat laporan polis di Balai Polis Damansara pada Jumaat.

Laporan polis berkenaan menganggap bahawa Annuar merupakan seorang yang rasis dan cuba menyebar kebencian kaum serta mengancam keselamatan pemimpin kesayangan mereka itu.


Terdahulu, Annuar memberi tawaran kepada mana-mana pihak yang mempunyai keinginan untuk tampil menulis di media sosial mengenai sikap rasis, anti-Islam dan diktator yang sudah menjadi ‘darah daging’ Ahli Parlimen Gelang Patah itu.

Menurut Annuar, beliau akan cuba untuk mencari dana sebanyak RM10 ribu sebagai ganjaran hadiah kepada mereka yang benar-benar mampu menulis esei dengan fakta yang baik berdasarkan elemen berkenaan.

Persoalannya, kenapa amat mudah dan cepat melatah apabila diserang dan disentuh tentang rasis, anti-Islam dan diktator? Adakah Kit Siang benar-benar cuak dan takut dia tidak lagi dapat menggamburi kepercayaan masyarakat Melayu sekiranya semakin ramai mengetahui akan siapa dirinya yang sebenar?

Jika Kit Siang benar-benar tidak rasis, anti-Islam dan diktator, kenapa sehingga sanggup ahli DAP dan beberapa pemimpin parti pembangkang lain tergesa-gesa dan tergopoh gapah tampil membuat penafian sehingga melaporkan kepada polis?

Dari gerak geri ini pun sebenarnya sudah menampakkan betapa diktatornya Kit Siang hingga terpaksa ramai ‘kuncu-kuncunya’ bangun mempertahankan dirinya yang sudah 51 tahun berkuasa dalam DAP tanpa mahu melepaskannya.

Mungkin Kit Siang amat takut sekiranya tawaran Annuar itu diteruskan, maka beribu-ribu netizen akan tampil menulis mengenai sikapnya yang sebenar.

Ini tidak mustahil akan berlaku sekiranya bekas-bekas ahli DAP dan juga bekas-bekas rakyat di kawasan yang pernah diwakilinya sebagai seorang Ahli Parlimen sejak 1969 khususnya dalam negeri Selangor, Melaka, Pulau Pinang dan terbaru Gelang Patah, Johor turut bertindak menulis esei disebalik watak sebenar Kit Siang.

Bayangkan, jika bekas-bekas rakyat yang pernah diwakilinya sejak 1969 ini tampil menceritakan hal sebenar, maka tidak mustahil imej Kit Siang akan hancur lebur dan keseluruhan DAP juga bakal tidak dipercayai lagi untuk beberapa keturunan.

Ianya tidak mustahillah Kit Siang benar-benar takut terhadap tawaran Annuar Musa ini.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top