.... Rakyat Ditipu: PAS Masih 'Seranjang' Dengan DAP | AAKJ



DAP menyindir pendirian PAS menolak sebarang kerjasama dengan mana-mana parti sekular dan liberal tetapi masih kekal dalam jentera pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan Selangor.

Penolong Setiausaha Publisiti DAP, Zairil Khir Johari berkata, malah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tunggal PAS di Pulau Pinang menyuarakan sokongannya terhadap kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang.

“Bagaimana pula PAS boleh mempertahankan keputusan tidak mahu bekerjasama dengan parti sekular dan liberal atas dasar prinsip apabila PAS sehingga kini masih kekal dalam kerajaan Selangor.

“Adakah pendirian (ADUN tunggal PAS di Pulau Pinang) ini juga atas dasar prinsip?,” sindirnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau mengulas keputusan PAS menolak pelawaan DAP untuk bekerjasama menumbangkan parti kaum Melayu UMNO dan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14)

PAS menolak pelawaan itu kerana enggan bekerjasama dengan Pakatan Harapan yang memperjuangkan dasar sekular dan liberal yang bercanggah dengan ajaran Islam.

Dua tahun sebelum itu PAS disingkirkan daripada pakatan pembangkang oleh DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana enggan tunduk dalam beberapa isu akidah Islam yang dianggap menyusahkan pembangkang.

Zairil seterusnya mempersoalkan mengapa bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semasa hayatnya memuji dan pertahankan DAP jika prinsip sekular dan demokrasi sosial begitu jijik pada pandangan PAS.

Aakj: Cukupkah alasan masih boleh berkongsi kuasa di Selangor dan Pulau Pinang menggunakan terma berbunyi Arab itu - Tahaluf Siyasi?

Dulu PAS keluarkan kononnya garis panduan atau memahafamkan ahli dan penyokong PAS betapa perlunya mengadakan kerjasama dengan DAP walaupun mereka parti yang terang-terang tidak menyokong perjuangan Islam seperti wadah perjuangan PAS. Namun kerana kuasa, PAS cuba menampakkan kepada ahli dan penyokongnya bahawa PAS seolah wajib bersama DAP menentang UMNO BN.

Itu dahulu. Sekarang pula PAS kata tidak akan bekerjasama dengan mana-mana parti yang bersama dalam gabungan yang ada DAP dan PAN di dalamnya. Adakah rakyat Selangor, Pulau Pinang dan juga seluruh rakyat Malaysia diperbodohkan begitu sahaja?

Sehingga artikel ini ditulis, PAS masih bersama seranjang dengan DAP malah apa alasan PAS berikan apabila PKR terang-terang tidak akan bercerai dengan DAP? Bahasa arab mana lagi yang PAS bakal gunakan?

PAS kekal jual agama?

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top