.... Rafizi Macam Orang Gila Apabila Petronas Untung | AAKJ



Hari ini, Ahli Parlimen Pandan iaitu Rafizi Ramli menyatakan bahawa kerajaan dijangka mendapat sekurang-kurangnya tambahan RM9 bilion menerusi hasil minyak tahun ini, yang tidak dikira dalam Bajet 2017.

Tindakan Rafizi mempersoalkan duit petronas dilihat amat tidak kena pada tempatnya. Seharusnya, Rafizi bimbang tentang skandal yang berlaku dalam PKR, bukannya membuat tuduhan melulu. Lebih-lebih lagi skandal yang melibatkan Menteri Besar Selangor iaitu Azmin Ali. Terbaru, Azmin didakwa terlibat dalam skandal Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS).

Sampai sekarang Azmin Ali masih mendiamkan diri dan tidak menjawab tentang isu-isu skandal yang melibatkan dirinya. Beliau hanya memberi alasan ‘siasatan sedang dibuat’. Isu ini tidak pula Rafizi mahu bahaskan. Inikah yang dikatakan Pakatan Rakyat memperjuangkan BERSIH dalam segalanya?

Sepeti yang kita tahu, pembentangan bajet 2017 digubal dengan jangkaan bahawa harga minyak mentah akan berada pada AS$45 setong.

Bagaimanapun, Rafizi berkata, harga minyak telah meningkat dan kini berlegar antara AS$56 hingga AS$58 setong, dan ini dijangka naik kepada sekurang-kurangnya AS$60 setong.

Tambahannya, nilai ringgit juga terus susut kepada kira-kira RM4.1 berbanding satu dolar, kepada kira-kira RM4.5 berbanding dolar AS.

“Kerajaan akan mendapatkan pendapatan tambahan setiap bulan” kata Rafizi pada sidang media di bilik media Parlimen.

Dalam jawapan bertulis Parlimen kepada Rafizi, Rabu lalu, Kementerian Kewangan enggan menyatakan unjuran bagi hasil minyak tambahan.

“Dalam ekonomi global yang tidak menentu sekarang, agak sukar untuk meramalkan bahawa harga minyak (AS$55 setong) akan kekal pada tahap ini sepanjang tahun.

“Oleh itu kerajaan masih menggunakan unjuran yang diumumkan dalam Bajet 2017 di mana harga minyak mentah dijangka berada pada AS$45 setong,” kata kementerian itu.

Rafizi dalam satu kenyataan akhbar dua minggu lalu, menimbulkan kebimbangan tentang bagaimana wang tambahan RM9 bilion itu akan digunakan.

“Ini adalah tahun pilihan raya, dan saya amat bimbang bahawa ini (hasil minyak tambahan) akan disalahgunakan dalam kempen untuk memastikan Umno / BN berkuasa” katanya.

Hakikatnya, ini bukanlah masalah yang harus Rafizi risaukan, sebaliknya beliau patut meminta Azmin memperjelaskan isu-isu skandal yang membabitkan beliau. Kerana ia melibatkan duit dan kebajikan rakyat Selangor.

Selain daripada isu skandal YAWAS, Azmin juga terlibat dengan skandal Wetland, pintu gerbang dan lain-lain. Isu ini pun masih lagi tidak dijelaskan oleh Azmin Ali. Oleh itu, adalah lebih baik Rafizi selesaikan masalah yang melibatkan parti sendiri. Ia juga melibatkan hak dan kebajikan rakyat.



-pru14.tv-

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top