.... PRU Ke-14 : Kit Siang Ingin Bertanding Di Gelang Patah | AAKJ






Walaupun sudah 51 tahun terlibat dalam politik, Penasihat DAP, Lim Kit Siang masih menyimpan angan-angan untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Meskipun ada yang mendakwa beliau sepatutnya sudah bersara, namun Ahli Parlimen Gelang Patah itu tidak menolak kemungkinan untuk mempertahankan kerusi yang didudukinya sekarang.


Malah, Kit Siang turut menegaskan Gelang Patah adalah pilihan pertamanya.


“Pemimpin DAP Kedah ada cadang saya bertanding di Kedah, saya ucapkan terima kasih kepada mereka kerana kepercayaan dan tawaran itu, saya patut bersara oleh kerana saya dah 51 tahun dalam politik sejak pembentukan DAP. 


“Kalau saya ada dalam PRU 14, pilihan utama saya ialah Gelang Patah tapi kalau ada sebab strategik cadangan saya bertanding di tempat lain saya terima” jelasnya selepas mengadakan walkabout di Kangkar Pulai di sini sebentar tadi. 

- UM


Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top