.... Pilu Hati Rakyat Sabah Dengan Pemergian Mohd. Suhaili | AAKJ






Pemergian Ahli Dewan Undangan Ne­geri (ADUN) Tungku, Datuk Mohd. Suhaili Said disifatkan sebagai kehilangan besar buat ne­geri ini memandangkan pemimpin berjiwa rakyat itu terkenal sebagai antara individu penting dalam memperjuangkan syiar Islam di Sabah.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Seri Hajiji Mohd. Noor berkata, pemergian Allahyarham disambut dengan rasa sedih oleh rakyat Sabah terutamanya penduduk di kawasan Tungku.

“Allahyarham seorang sahabat yang baik dan terkenal sebagai seorang pemimpin yang mempunyai pengetahuan tinggi dalam bidang agama, malah Allahyarham sering memperjuangkan hal-hal berkaitan agama Islam di negeri ini.

“Saya cukup yakin semangat dan kesungguhan Allahyarham dalam membantu rakyat di kawasan Tungku pasti akan dirindui dan dikenang,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Allahyarham Mohd. Suhaili yang merupakan Pengerusi Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) menghembuskan nafas terakhir di sisi isterinya, Datin Dayang Sofia Datu Jamiuddin dan anak-anak di Hospital Gleneagles di Ampang, Kuala Lumpur kira-kira pukul 3.10 petang ini.

Difahamkan, Allahyarham dimasukkan ke hospital tersebut tiga hari lalu ketika menghadiri mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Felda di Kuala Lumpur.

“Ahli keluarga akan mendapatkan penerbangan terakhir dari Kuala Lumpur ke Tawau malam ini seterusnya membawa jenazah ke Tungku. Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Remang, Tungku di Lahad Datu,” katanya.

-UM


Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top