.... Penyokong Tegar Pakatan Harapan Mahu Polis Tangkap, Usir Zakir Naik? | AAKJ




KITA amat maklum bahawa Pakatan Harapan bergerak dengan mengunakan aktivis dan NGO untuk membawa misi dan suara mereka. Dan dimana ada pembangkang maka disitulah berkumpulnya “aktivis” pro pembangkang ini. Hari ini sekumpulan aktivis memfailkan tuntutan mahkamah menuntut satu perintah penangkapan dan pengusiran pendakwah yang telah berjaya mengislamkan ramai orang iaitu Zakir Naik.

“(Kami memohon) satu perintah bagi ketua Polis Negara (IGP) untuk segera menangkap Zakir Naik.

“(Juga), satu perintah untuk membatalkan status Zakir sebagai seorang pemastautin tetap Malaysia, jika ada diberikan (dan) satu perintah untuk mengusirnya dengan segera dari Malaysia,” kata Pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini selepas memfailkan tuntutan mahkamah itu.

Saman itu difailkan oleh Waythamoorthy dan 18 yang lain, termasuk ADUN Bingkor Jeffrey Kitingan, peguam Siti Kassim dan Pengarah Center for Policy Initiatives Lim Teck Ghee.

Defendan yang dinamakan dalam saman itu adalah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan kerajaan Malaysia.

Pakatan Harapan yang diketuai DAP sinonim dengan penentangan terhadap agama Islam dalam negara kita. Isu pengunaan kalimah Allah dalam Bible, isu penjualan arak di kawasan majoriti Islam, isu murtad di gereja DUMC dan lain-lain lagi mempunyai kaitan rapat dengan pembangkang.

Sokongan terhadap Pakatan Harapan umpama sokongan untuk menguburkan Islam dari negara kita. Fikir-fikirkan lah.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top