.... Pemimpin Kemaruk Kuasa Jadikan UMNO Batu Loncatan | AAKJ







Pemimpin UMNO perlu sentiasa mendampingi rakyat dan tidak dilakukan secara bermusim atau ketika sesuatu pertandingan atau pilihan raya akan diadakan, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Ali Alhabshee.

Menurut beliau, apabila seseorang itu menyertai UMNO kerana mempunyai niat atau agenda peribadi lambat-laun parti akan menjadi cemuhan dan ditolak rakyat.

Malah katanya, mereka yang menjadikan UMNO sebagai batu loncatan untuk mengumpul kemewahan dan kemaruk kepada kuasa biasanya tidak akan bertahan lama.

Bagaimanapun jelas Syed Ali, tidak menjadi satu kesalahan untuk seseorang itu mempunyai cita-cita untuk menerajui kepimpinan parti atau berusaha untuk mendapatkan kedudukan jika dengan cara sedemikian boleh membantu rakyat.

“KIta boleh pegang jawatan dalam UMNO jika niat untuk membantu rakyat, mempertahankan negara dan kepentingan orang Melayu kerana parti itulah sebenarnya yang menjadi pelindung masa depan.

“Yang jadi masalahnya, ada sesetengah orang masuk UMNO kerana inginkan jawatan, inilah yang menyebakan berlaku tikam menikam dari belakang dan bergeseran sesama sendiri”, katanya dalam entri terbaru di umnobahagiancheras.blogspot.

Tambah beliau, keadaan akan menjadi bertambah parah apabila rakyat mula menilai dan membuat andaian negatif terhadap UMNO hanya disebabkan oleh ‘setitik nila rosak susu sebalanga’.

Beliau yang juga Setiausaha Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan bimbang kemelut seperti itu akan diambil kesempatan oleh pembangkang untuk memburuk-burukan parti dan pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Pemimpin UMNO di setiap peringkat perlu jujur dan berpegang kepada prinsip perjuangan yang mana kesetiaan kepada parti dan kepimpinan presiden perlu diterjemahkan secara jelas,” tegasnya.

Katanya, mereka yang memegang jawatan dalam UMNO perlu membuktikan dengan jawatan tersebut kepentingan rakyat atau kelompok masyarakat yang diwakilinya tidak terabai.

Mananakala dari sudut kepimpinan pula kata beliau, setiap pemimpin perlu secara konsisten serta teguh di belakang kepimpinnan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Ketika presiden kita diserang dan difitnah dengan pelbagai tuduhan dan dakwaan, apakah kita hanya mampu berpeluk tubuh atau langsung tidak ambil peduli?.

“Kalau kita sayangkan UMNO, sayangkan presiden dan barisan kepimpinannya, maka kita wajib mempertahan dan bertindak atas kepentingan parti secara keseluruhannya”, ujar beliau.

Justeru itu tegas Syed Ali, pemimpin UMNO di setiap peringkat termasuk sayap Wanita, Pemuda dan Puteri sewajarnya bingkas dengan segala kekuatan untuk menyerang balas pihak pembangkang.

Pembangkang katanya, menyerang UMNO menerusi pentas politk secara terbuka termasuk mengekseskan laman-laman sosial secara terancang dengan mensasarkan golongan muda.

“Perperangan politik secara alam maya sudah berlaku pada awal 1990an lagi tetapi malangnya kita (UMNO) lambat untuk mengambil kaedah dan memanfaatnya secara lebih berkesan.

Syed Ali juga turut mengingatkan, pemimpin UMNO perlu memberi fokus kepada persiapan parti untuk menghadapai Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 kerana ‘pertempuran’ kali ini amat perit.

Sejujurnya kata beliau, PRU ke-14 merupakan pertarungan cukup getir dan akan menjadi penentu kepada kelangsungan perjuangan UMNO untuk membela nasib orang Melayu.

“Saya optimis UMNO akan menang, tetapi dalam keyakinan itu juga kita menaruh rasa bimbang jika berlaku percakaran sesama sendiri dalam parti, ini yang perlu ditangani sebaik mungkin,” tegasnya.

Beliau berkata, perbuatan mensabotaj parti sewajarnya dielakkan jika seseorang itu tidak terpilih sebagai calon pilihan raya.

“Apa yang penting, seluruh ahli dan pemimpin UMNO perlu berganding bahu bagi memastikan parti dan BN khususnya memperolehi kemenangan melebihi majoriti 2/13,” tegasnya.

-tv14.my

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top