.... Pemergian Siti Rahmah Kasim, Najib Razak Ucap Takziah | AAKJ






Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Datuk Siti Rahmah Kassim yang meninggal dunia pagi semalam.

“Allahyarhamah srikandi negara yang telah menyumbangkan barang kemas untuk biayai perjalanan Tunku Abdul Rahman ke London dalam menuntut kemerdekaan.

“Takziah kepada keluarga. Al-Fatihah,” kata Perdana Menteri menerusi akaun Twitter beliau malam ini.

Siti Rahmah, 91, meninggal dunia akibat sakit tua pada pukul 10.55 pagi ini di rumah anaknya di Kelana Jaya.

Allahyarham dikenang sebagai wanita pertama yang menyerahkan barang kemas untuk diberikan kepada bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sebagai belanja rombongan menuntut kemerdekaan negara ke London, United Kingdom (UK).

-UM

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top