.... Pembunuhan Kim Jong-nam: "Awak melakukannya de­ngan baik sekali.." | AAKJ



Perbualan antara warga Korea Utara, Ri Jong-chol, 47, bersama dua lagi pegawai kedutaan dari negara itu menimbulkan tanda tanya sebelum mereka berlepas meninggalkan negara ini semalam.

Berdasarkan rakaman video yang diperoleh daripada Astro Awani, Jong-chol bersama dua lagi pegawai telah bertemu dan berbual di sebuah pejabat sebelum diusir ke negara asalnya.

Berikut sebahagian petikan perbualan mereka:

Pegawai Kedutaan: Tahniah, awak telah melalui banyak perkara, kami bimbang tentang awak tetapi awak berada di sini.

Jong-chol: Terima kasih, tidak mengapa, semua baik.

Pegawai Kedutaan: Awak melakukannya de­ngan baik sekali. Tahniah, ia bukannya mudah.

Jong-chol telah dihantar pulang malam tadi selepas siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Peguam Negara mendapati pakar kimia itu tidak terlibat dalam pembunuhan abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam.

Setakat ini hanya dua wanita melibatkan warga Indonesia, Siti Aishah, 25, dan warga Vietnam, Doan Thi Huong, 28, didakwa di mahkamah atas tuduhan membunuh Jong-nam.

Pada masa yang sama, polis juga mengeluarkan waran tangkap terhadap pekerja syarikat penerba­ngan Korea Utara (Air Kor­yo), yang dikenali sebagai Kim Uk-il, 37, bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.


utusan

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top