Menu









Keputusan Kerajaan Barisan Nasional untuk tidak membentangkan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355 di Dewan Rakyat tidak akan menjejaskan usaha Pas sebelum ini.

Malah, Ketua Dewan Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, Pas mengalu-alukan keputusan kerajaan itu kerana ia akan lebih memudahkan usaha parti itu untuk membentangkan rang undang-undang tersebut.

Beliau berkata, kesediaan kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk membawa sendiri RUU 355 sebelum ini juga tiada kaitan dengan Pas.


“Keputusan kerajaan BN semalam untuk tidak membentangkan RUU 355 tidak menjejaskan Pas dan usahanya. Ia sekadar balik asal dan kembali kepada persediaan asal Pas.

“Hanya yang mampu dan diharapkan daripada UMNO adalah sokongan demi memartabatkan Islam dan syariatnya. Ia kewajipan bersama,” katanya dalam akaun Facebook beliau hari ini.


-UM



 
Top