.... Pekerja Kerajaan Dapat Segalanya Tapi Tidak Beri Segalanya | AAKJ



Gaji naik hampir setiap tahun - kalau tidak naik maka kesatuan sekerja akan goncang sehingga luruh buahnya. Pinjaman perumahan dengan kadar interest yang rendah dan tidak perlu membayar wang pendahuluan. Begitu juga dengan pinjaman untuk membeli kereta - mengikut tangga gaji. Malah sejuta satu macam lagi keistimewaan yang boleh diperolehi oleh individu yang bergelar pekerja kerajaan atau nama glamor baru penjawat awam.

Di sebalik sejuta keistimewaan yang tidak mungkin dikecapi sekiranya bekerja di bawah syarikat swasta bertaraf dunia, terdapat 'semakin ramai' menjadi parasit atau menjadi golongan anti kerajaan memerintah masakini - Barisan Nasional. Itu bukan lagi dikira apa yang mereka akan terus kecapi apabila sudah pencen nanti bagi pekerja yang bertaraf tetap.

Spesis ini turut juga turut menikmati 'keistimewaan' kononnya mereka tidak boleh terlibat dengan politik kerana taraf jawatan dan sebagainya - namun menurut sumber rapat, spesis berpangkat inilah yang menjadi parasit utama. Membuat gerakan secara senyap mendakyah pekerja bahawan supaya membenci kerajaan masa kini - Barisan Nasional.

Bukti menunjukkan keterlibatan spesis parasit yang berpangkat ini bukannya susah - apabila mereka pencen atau bersara maka mereka mulalah akan menonjolkan watak sebenar mereka selama ini - ada yang terus membuat pengistiharan rasmi sebaik saja keluar dari pejabat pada hari persaraan mereka. Ada yang tunggu beberapa waktu dan mula melobi untuk menjadi calon melawan calon Barisan Nasional di pilihanraya umum seterusnya.

Sudah sampai masanya kerajaan Barisan Nasional yang memerintah negara ketika ini mengubah kandungan perjawatan

- mana-mana yang didapati bersalah kerana memburukkan kerajaan tidak mengira kedudukan pangkat maka berhadapan dengan hukuman yang berat termasuk dibuang kerja

-mana-mana pekerja kerajaan pada semua peringkat wajib membantu mempromosi dasar yang di bawa oleh kerajaan yang memerintah masa kini pada setiap masa.

Dan yang paling penting Kerajaan Barisan Nasional wajib meletakkan parti yang mengawal kerajaan dan bukannya kerajaan yang mengawal parti.

Tidak perlu lagi berselindung tentang hal parti menguasai kerajaan masa kini kerana parti mana sahaja yang memerintah maka keutamaan wajar dan wajib diberi kepada parti yang menang pilihanraya untuk mencorakkan dan menentukan siapa yang mereka inginkan bekerja bersama mereka.

Dasar asingkan parti dan kerajaan tidak akan mampu mewujudkan pekerja kerajaan yang setia. Mereka dengan mudah menggunakan lesen bahawa mereka umpama menguasai parti.

Siapa yang menang pilihanraya dan membentuk kerajaan jadi tidak perlu memberikan alasan wujudnya peraturan maka pekerja kerajaan boleh melakukan apa sahaja.

Sifir mudah. Yang bertungkus lumus ingin menangkan parti adalah pekerja parti. Yang tinggalkan keluarga siang dan malam untuk pastikan parti kekal memerintah negara adalah pekerja atau ahli parti. Yang mendajalkan imej kerajaan of the day adalah spesis pekerja kerajaan yang begitu anti Kerajaan yang memerintah masa kini.

Adakah pekerja kerajaan lebih mentaati kesatuan sekerja dan menganggapnya sebagai majikan yang menyuapkan mereka sekeluarga dan perjuangkan hak-hak keistimewaan mereka selama ini? 

Ubah sebelum ianya menjadi barah.




Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top