.... Pekerja Kerajaan Anti BN Semakin Berani | AAKJ



Isu pekerja kerajaan, merujuk kepada penjawat yang menerima gaji dari kerajaan pusat atau kerajaan yang memerintah Malaysia masa kini yang 'engkar' terhadap majikan yang menyuap mereka dan keluarga bukan satu isu yang perlu disembunyikan lagi.

Zaman berubah dan perubahan zaman yang membolehkan warga yang setia terhadap kerajaan memerintah masa kini, Barisan Nasional melihat dengan jelas bagaimana suatu waktu dahulu menggunakan gelaran 'pekerja kerajaan' begitu berani untuk tidak menyokong majikan yang menyuapkan mereka sekeluarga. Dan warga setia ini bukannya bekerja dalam mana-mana sektor kerajaan pun.

Zaman bukan digital, menurut sumber rapat - apabila dikesan ada pekerja kerajaan yang sekarang ini menggunakan gelaran penjawat awam (mungkin gelaran ini persiapan untuk mereka bebas melawan majikan yang menyuap mereka sekeluarga) maka 'hukumannya' adalah ditukarkan sejauh mungkin, Sabah dan Sarawak atau mana-mana pedalaman yang tidak mampu dibayangkan dengan kata-kata.

Zaman tersebut mereka secara senyap atau diam-diam melakukan dakyah memburukkan majikan yang menyuap mereka sekeluarga. Zaman tersebut yang tahu tentang perangai 'anjing gigit tangan tuan' hanya berkisar di dalam jabatannya sahaja.

Zaman sekarang, warga net atau netizen atau zaman digital tanpa sempadan. Pekerja kerajaan begitu terbuka menyerang, mengutuk, menghina, memfitnah kepada majikan yang menyuapkan mereka sekeluarga dan spesis ini masih bebas berjalan di dalam pejabat masing-masing dengan perasaan bangga boleh menggigit tangan yang menyuap mereka sekeluarga.

Spesis gigit tangan tuan ini menggunakan medium internet samada blog, facebook, twitter dan lain-lain seumpamanya. Ada yang menggunakan nama asli yang diberikan oleh ibubapa mereka selepas mereka diazan dan iqamat. Ada yang menggunakan nama samaran atau dipanggil nama 'hantu'. Menggunakan nama seperti haiwan, pokok dan nama-nama yang pelik. Mungkin itu menggambarkan dalam diri mereka.

Spesis ini kononnya beranggapan mereka bebas menggigit tangan menyuap mereka sekeluarga dengan menggunakan alasan - freedom of speech, bebas atau hak bersuara, mungkin lebih tepat - hak menggigit tangan yang menyuap mereka sekeluarga hingga kenyang.

Kalau zaman berita atas kertas spesis ini dihukum. Kenapa zaman digital ini Kerajaan Barisan Nasional dilihat tidak serius menangani masalah penggigit tangan majikan yang menyuap mereka sekeluarga hingga kenyang? Benarkah spesis ini dihukum atau hanya hukuman atas kertas - surat amaran?

Mungkinkah ketua jabatan juga spesis yang sama?

Paling malang, ada laporan mengatakan sesiapa yang setia menyokong dasar Kerajaan Barisan Nasional - mereka pula yang dihukum termasuk turun pangkat atau lebih sadis dibuang?

Isu ini sekiranya tidak ditangani dengan bijak, tegas dan berani oleh Kerajaan BN maka segala dasar yang dibuat demi untuk kebaikan rakyat tidak akan tercapai. Malah Kerajaan BN boleh tumbang angkara spesis ini ada di dalam kerajaan.

...bersambung...





Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top