.... PAS P.Pinang : 12 Daripada Kami Buat Keputusan Putus Hubungan Dengan PKR | AAKJ





Hanya Pas Kawasan Tanjung sehingga kini belum membuat ketetapan memutuskan hubungan politik atau tahaluf siyasi dengan PKR negeri ini.

Bagaimanapun, usul itu dijangka diluluskan sebulat suara dalam mesyuarat agung tahunan Pas kawasan tersebut yang akan diadakan pada 31 Mac ini.

Setakat semalam juga, 12 daripada keseluruhan 13 kawasan Pas di negeri ini meluluskan sebulat suara usul menamatkan tahaluf siyasi dengan PKR sekali gus memberi gambaran kerjasama antara kedua-dua parti tersebut di negeri ini bakal menemui titik noktah.

Kawasan Pas yang meluluskan usul menamatkan kerjasama itu adalah Batu Kawan; Bagan; Nibong Tebal; Permatang Pauh; Bayan Baru dan Bukit Bendera.

Turut berbuat demikian adalah Pas Kawasan Balik Pulau; Jelutong; Kepala Batas; Tasek Gelugor; Bukit Mertajam dan Bukit Gelugor.

- UM

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top