.... RUU355: PAS Kena Kencing Lagi? | AAKJ





Kalau kamu antara manusia yang keluarkan ayat di atas, maaf kata, kamu jahil. Kamu jadi jahil sebab kamu malas membaca secara penuh artikel ni.

Ada 2 jenis usul di Parlimen. Usul kerajaan dan usul persendirian.

Pindaan RUU355 dibawa secara usul persendirian oleh YB Marang, Tuan Guru Hadi Awang. Ianya masih kekal sebagai usul persendirian sehingga hari ini mengikut Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat.

Keputusan Dewan Tertinggi (DT) BN seperti dilaporkan dalam artikel ini memberi maksud; kerajaan tidak akan menjadikan pindaan RUU355 sebagai usul kerajaan. Bermakna TGHA akan kekal menjadi pencadang usul ini.

Skop perbincangan DT BN malam tadi terhad berlegar sekitar;
1) biarkan TGHA bentangkan di bawah usul persendirian; atau
2) kerajaan ambil alih dan bentang melalui usul kerajaan

Akhirnya, DT BN secara konsensus memilih pilihan 1 dan membuat keputusan untuk tidak membawanya di bawah usul kerajaan.

Jadi persoalan kononnya BN menolak RUU355 tidak langsung menjadi isu perbincangan sebaliknya usul ini akan tetap dibentang oleh  TGHA apabila tiba masanya mengikut peraturan Dewan Rakyat.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top