.... PAN Cabar Supaya Waris Nik Aziz Saman Mereka | AAKJ





“Waris Yusuf Rawa dan Fadhil Noor silalah saman saya”. Itu cabaran Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Salahuddin Ayub keatas ahli keluarga dua bekas pemimpin PAS yang telah meninggal dunia tersebut.

Cabaran itu dibuat susulan keluarga bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membuat laporan polis ke atas PAN pada 25 Mac lalu kerana mempergunakan nama Nik Abdul Aziz untuk mempengaruhi orang ramai menyokong Pakatan Harapan yang diketuai DAP.

“Mungkin dalam Mesyuarat Bulanan Amanah minggu depan, saya akan mencadangkan wacana dua orang lagi tokoh besar yang lain iaitu Allahyarham Yusuf Rawa dan Fadzil Noor. Saya berharap waris kepada kedua-dua mereka bolehlah bersiap untuk menyaman saya ke mahkamah,” cabarnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau bagaimanapun dipercayai berani membuat cabaran itu kerana terdapat ahli keluarga Yusuf Rawa dan Fadzil Noor menyertai PAN.

Salahuddin dalam pada itu menyelar ahli keluarga Nik Abdul Aziz sebagai keluarga yang pelik dan menjengkelkan kerana marah dan risau apabila PAN mahu menganjurkan Seminar Pemikiran Tok Guru Nik Abdul Aziz kerana Nik Abdul Aziz seorang tokoh.

Beliau memberi contoh Universiti Havard mengabadikan nama “JF Kennedy School of Politics”, Oxford mengiktiraf perjuangan Abraham Lincoln dengan “Lincoln’s School of Law” dan Singapura meletakkan nama Lee Kuan Yew di LKY “School of Politics and Foreign Affairs” Universiti Nanyang.

Bagaimanapun, Seminar Pemikiran Tok Guru Nik Abdul Aziz anjuran PAN bukan bersifat ilmiah tetapi mahu memanipulasi kisah hidup Mursyidul Am PAS itu untuk menghasut orang ramai supaya membenci UMNO serta PAS dan menyokong Pakatan Harapan walaupun ia sebuah gabungan pembangkang diketuai parti sekular DAP.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top