.... Pakatan Akan Kekal Pembangkang Untuk Lebih Sedekad Lagi - Pemimpin NGO BERSIH | AAKJ




“Pakatan Rakyat sudah terkubur sekarang. Anwar sudah kembali ke dalam penjara lamanya di Sungai Buloh, Lim Guan Eng sedang menghitung hari sebelum beliau dipenjarakan lagi, dan Rafizi Ramli juga hanya menunggu masa untuk dihantar ke penjara. Hari ini, saya berani mengatakan bahawa pembangkang akan kekal sebagai pembangkang untuk sedekad atau lebih lagi.

Kita tidak lagi boleh menjangkakan satu lagi tsunami politik untuk mengubah status quo. Kita tidak boleh mengharapkan peratusan keluar mengundi yang tinggi.

Saya telah berbincang dengan ramai orang. Mereka telah menyatakan kekurangan minat mereka untuk menyertai pilihan raya akan datang kerana mereka tidak melihat sebarang harapan dalam pembangkang. Saya rasa saya perlu bersetuju. Tidak ada harapan lagi.

Mungkin penyelesaian atau pelajaran yang terbaik untuk PRU-14 adalah untuk menghantar pembangkang kembali ke sebelum 7 Mac 2008 semasa mereka masih belum memegang mana-mana negeri, syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC), atau kuasa. Mungkin selepas itu, mereka akan ingat bagaimana untuk menjadi pemimpin sekali lagi untuk satu kumpulan politik yang berharap untuk dipilih untuk memerintah dalam masa terdekat dan bukan sekadar menjadi pembangkang.”

Manjeet Singh
sekretariat BERSIH



– Malaysiakini

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top