.... Pakai Tok Lebai Perangai Hodoh | AAKJ







Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mencerca pemimpin PAS dengan mengatakan bahawa “Pakai (macam) Tok Lebai tetapi perangai hodoh!”.

Justeru, beliau yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) meminta pemimpin PAS tidak memakai seperti seorang Tok Lebai kerana hati mereka tidak mewarisi sifat lebai.

“Tak payah pakai (macam) Tok Lebai . Tok Lebai ni pun dalam hati. Kalau pakai (macam) Tok Lebai perangai hodoh tak boleh juga,” katanya dalam satu majlis anjuran PKR baru-baru ini.

Cercaan beliau itu disambut dengan sorakan dan tepukan gemuruh oleh penyokong PKR yang menghadiri majlis itu.

Rakaman video ceramah beliau itu dimuat naik di laman Facebook Setiausaha Organisasi Parti Amanah Negara (PAN), SUhaizan Kayat.

PKR dan PAN merupakan anggota parti Pakatan Harapan yang diketuai DAP.

Mohamed Azmin sebelum ini mencemuh pemimpin PAS sebagai Tok Lebai yang sedang memasang hasrat untuk berkuasa di Selangor.

Lebai adalah panggilan kepada petugas masjid atau surau atau mereka yang menguruskan kerja-kerja hal ehwal agama Islam di kampung-kampung.

Beliau dipercayai mengeluarkan kenyataan itu gara-gara berang dengan pengumuman PAS mahu memenangi kerajaan Selangor dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Kenyataan beliau yang seolah-olah memperlekehkan golongan lebai itu dikecam oleh netizen, pemimpin dan penyokong PAS.

Malah, Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz turut mengingatkan Mohamed Azmin beliau akan disolatkan oleh lebai apabila meninggal dunia.

Mohamed Azmin dalam pada itu mengakui beliau tersinggung kerana PAS mengumumkan mahu menawan Selangor dalam PRU14.

“Kita tahu ada masalah tetapi saya kira kita boleh runding.. tetapi jangan kita nak tawan sesama kita. Kata saya nak tawan Selangor.. Ehh.. tersinggung la saya,” ujarnya.



Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top