.... Najib Razak Menteri Kewangan Ke 11 Terbaik Asia | AAKJ




Najib Razak Antara 12 Menteri Kewangan Terbaik Asia.
Tahun ini dikhabarkan Najib Razak berada di No 11 dari 12 orang Menteri Kewangan Terbaik Asia. Tahun sebelumnya nombor 12. Dan pada tahun 2015 pada kedudukan ke-8.

Walaupun laporan ini hanyalah dibuat oleh Majalah Kewangan, ia selalu dijadikan panduan masyarakat kewangan.

Maka ramailah akan memekak bahawa Najib Razak antara Menteri Kewangan terburuk Asia seperti mereka lakukan tahun lalu.

Hakikatnya negara Asia ada lebih 40 buah negara, Najib Razak berada dalam Top 12 menunjukkan pencapaian yang besar kepada beliau dan negara.

Mereka yang anti Najib Razak dan Barisan Nasional akan mengumumkan "Najib Razak adalah Menteri Kewangan Terburuk Asia".

Media asing juga akan memberi "headlines" yang negatif. Namun faktanya dari 45 orang Menteri Kewangan Asia, Najib berada di nombor 11.

Bayangkan di sebalik okestra serangan politik dalam dan luar negara yang terbesar dalam politik Malaysia serta dikaitkan dengan skandal 1MDB; Najib Razak masih antara 12 Menteri Kewangan Terbaik Asia.

Dari facebook Ab Jalil Backer


Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top