.... Mek Nab Awang Terharu Terima Kunjungan PM Najib | AAKJ



Seorang warga emas, Mek Nab Awang,72, tidak dapat menahan sebak saat menerima kunjungan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di rumahnya di Kampung Melawi di sini pagi ini.

Walaupun tidak dapat bergerak dan hanya terlantar di atas tilam kerana angin ahmar sejak 10 tahun lalu, namun Mek Nab masih mampu berkomunikasi dengan Najib sambil air matanya mengalir kerana terlalu gembira menerima lawatan pemimpin nombor satu negara itu.

Najib meluangkan masa kira-kira 20 minit berbual, bertanya khabar selain memberi bantuan kepada wanita tersebut.

Selain itu, Perdana Menteri turut melawat dua buah rumah penduduk di Kampung Bator di sini.


utusan

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top