.... Mahathir Dan DAP Punca Umat Islam Berpecah Belah | AAKJ





Dengan keadaan umat Islam yang majoritinya berbangsa Melayu di negara ini semakin terhimpit dek kerana perbuatan parti pembangkang yang didalangi DAP yang memecahbelahkan orang Melayu untuk kepentingan pembangkang.

Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini menang 89 kerusi di Dewan Rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 sebelum ini tapi hanya 39 kerusi dari jumlah itu dimenangi wakil rakyat beragama Islam.

Pengarah Penerangan PAS Pusat, Ahmad Amzad Hashim berkata, di pihak Barisan Nasional (BN) hanya 30 kerusi milik wakil rakyat bukan Islam dan selebihnya milik orang Melayu dan Islam.

“Melalui Pakatan Rakyat, 89 kerusi Parlimen berjaya dimenangi tetapi hanya 39 merupakan kerusi orang Islam dan selebihnya adalah kerusi bukan Islam. 30 kerusi BN merupakan milik bukan Islam dan selebihnya UMNO.

“Dalam usaha undi tidak percaya ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, sekiranya 30 kerusi bukan Islam BN berpihak kepada undi tersebut, maka kerajaan BN akan tumbang dalam keadaan hanya 39 kerusi Islam dan selebihnya bukan Islam (112 jumlah kerusi minimum yang diperlukan untuk membentuk kerajaan di Pusat).

“PAS mengambil langkah pantas untuk memperbaiki keadaan dengan tidak menyokong usul undi tidak percaya tersebut bagi mengelakkan mudarat yang lebih besar (ke atas umat Islam negara ini),” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Dalam hal ini PAS mengambil langkah tidak mengundi kerana jika mengundi dalam usul berkenaan memihak bersama-sama PR, kerajaan BN yang diterajui UMNO akan lenyap kerana keseluruhan undi yang akan diterima oleh PH ialah 119 undi melepas majoriti mudah untuk membentuk kerajaan.

Dengan PAS tidak mengundi pada masa itu, PA hanya akan mendapat undi sebanyak 80 undi sahaja.

Menurut Ahmad Amzad, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ucapan melancarkan jentera pilihan raya PAS di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Alur Limbat baru-baru ini.

Menurut Abdul Hadi, kuasa politik Islam di Malaysia menjadi sangat lemah disebabkan pemerintahan lebih 20 tahun bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad pada tahun 1981 hingga 2003.

Setelah menjadikan kuasa politik orang Islam lemah, kini Mahathir menjalinkan hubungan pula bersama dengan DAP untuk terus memporakperandakan perpaduan kaum di negara ini dengan menubuhkan parti baru memecahbelahkan UMNO.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top