.... Lim Kit Siang Ikon Kegagalan DAP? | AAKJ





DAP tidak pernah berjaya mengalahkan BN semasa pilihan raya umum dan oleh itu pemimpinnya Lim Kit Siang tidak layak mengajar sesiapa mengenai “strategi”, kata Ketua Komunikasi Strategik BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Mengulangi gesaannya agar ketua karlimen DAP itu bersara daripada politik, Abdul Rahman berkata adalah perkara biasa bagi pemimpin politik berbuat demikian apabila melalui kekalahan pertama mereka.

Beliau berkata Lim, yang berada dalam politik sejak 51 tahun lalu, perlu sedar bahawa dia adalah sebahagian daripada “masalah” DAP.

“Strategi’ Lim, jika ada, telah gagal teruk. Bagaimana nak belajar strategi dari dia?

“Oleh kerana Lim gagal mengalahkan BN dalam setiap kali pilihan raya umum, mungkin dia perlu sedar dia bukan sebahagian daripada penyelesaian. Dia adalah sebahagian daripada masalah!” katanya dalam akaun Twitter beliau hari ini.

Abdul Rahman mengulas kenyataan akhbar Lim awal hari ini yang mengkritik peranannya sebagai pengarah komunikasi strategik BN.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top