.... Kecuali Cukai Hanya "Gula-gula" DAP | AAKJ






Langkah Kerajaan DAP Pulau Pinang memberi pengecualian cukai taksiran bagi beberapa jenis kediaman disifatkan sebagai gula-gula menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong, Datuk Muhammad Farid Saad, berkata tindakan kerajaan negeri itu hanya untuk meraih publisiti, demi menjaga kepentingan peribadi. 

Katanya, tindakan itu antara lain menjelaskan usaha kerajaan negeri untuk kekal mentadbir Pulau Pinang, walaupun realitinya mereka sedar bahawa agak sukar untuk terus menjadi kerajaan di negeri ini. 

"Mereka (kerajaan negeri) sudah takut dengan setiap pendedahan berhubung tatacara pentadbiran yang dikemukakan dari semasa ke semasa hingga sanggup buat apa sahaja untuk meraih simpati rakyat. 

"Tindakan kali ini persis pengumuman mengenai pengecualian saman kenderaan dikeluarkan pihak berkuasa tempatan, pada 2008. 

"Apa yang terjadi, pengumuman itu hanya berkuat kuasa sekali, selain kerajaan negeri turut menaikkan kadar saman selepas tempoh pengumuman itu tamat," katanya ketika dihubungi BH. 

Beliau mengulas keputusan kerajaan negeri memberi pengecualian cukai taksiran bagi tahun 2016 dan 2017 ke atas rumah kos rendah, sederhana rendah dan beberapa kediaman berstrata yang layak. 

Terdahulu, EXCO Kerajaan Tempatan, Lalu Lintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow, memaklumkan pemilik kediaman berstrata dalam kategori bersaiz 210 meter persegi ke bawah dengan harga jualan asal kurang daripada RM72,500 layak menikmati pengecualian terbabit.

-BH

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top