.... Israel Lulus Undang-Undang Sekat Azan | AAKJ



BAITULMAQDIS – Parlimen Israel memberi kelulusan peringkat awal terhadap dua langkah kontroversi yang akan menghadkan azan dari masjid, termasuk satu yang melarang sama sekali penggunaan pembesar suara sepanjang masa selepas perdebatan hangat antara anggota perwakilan.

Rang undang-undang itu dengan yang keduanya akan mengharamkan penggunaan pembesar suara antara jam 11 malam dan 7 pagi akan dibahaskan lagi dengan tiga lagi bacaan sebelum ia menjadi undang-undang.

Ia diluluskan pada peringkat awal lewat kelmarin selepas perbahasan hangat antara anggota parti pemerintah dan ahli Parlimen Arab yang sebahagian mereka mengoyakkan salinan rang undang-undang itu serta diusir dari Dewan.

Ia diluluskan 55 anggota menyokong dan 48 menentang.

Anggota Parlimen Arab, Ahmed Tibi yang mengoyak salinan rang undang-undang itu dan dilarang meneruskap perbahasan berkata, undang-undang itu bersifat perkauman dan menegaskan, ia tidak akan berjaya mengekang umat Islam melaungkan azan di masjid.

Penyokong undang-undang itu mendakwa azan, khususnya pada waktu Subuh, mengganggu penduduk yang tinggal berhampiran masjid.

Undang-undang itu jika dikuatkuasakan akan menyaksikan mereka yang melanggarnya didenda sebanyak 10,000 shekel (RM12,000).

Pemimpin Parti Kesatuan Zionis yang berhaluan tengah dan juga bekas menteri luar, Tzipi Livina berkata, rakyat Israel sepatutnya menentang undang-undang itu yang menurutnya hanya menyebarkan kebencian dan meningkatkan ketegangan antara penduduk Islam dan Yahudi.

Kira-kira 20 peratus rakyat Israel keturunan Arab dan beragama Islam. – Agensi

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top