.... Hadi Kurang Karisma - Mahathir | AAKJ






Baru-baru ini, bekas perdana menteri iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan PAS keliru dengan pendiriannya untuk bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kerana presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang 'kurang memiliki karisma'.

"Saya merasa PAS cukup banyak keliru, seperti yang saya katakan baru-baru ini.

"Kadang-kala ia seolah-olah mereka berminat menyertai kami (Pakatan Harapan) tetapi masa yang lain, tidak.

"Mereka (PAS) minta kami menganjurkan perjumpaan bersama tetapi apabila kita menetapkan tarikh, mereka kata mereka tidak minta untuk itu, sehingga tidak ada penyelarasan yang betul dalam PAS," lapor New Straits Times.

Mahathir dilapor berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri mesyuarat antara PPBM dan pemimpin HARAPAN Kedah di ibu pejabat parti itu di Alor Setar.

"Parti yang dipimpin oleh Hadi tidak selaras, terutama apabila ia kerap berubah pendiriannya mengenai kerjasama dengan PPBM.

"Ya, ada perbezaan (dengan masa lalu). Hadi kurang mempunyai karisma berbanding (bekas presiden) Fadzil Noor, Nik Aziz Nik Mat dan Mohamad Asri Muda.

"Orang ramai membuat pelbagai jenis tuduhan terhadap beliau (Hadi) tetapi dia tidak berupaya untuk menjawab tuduhan itu," beliau dilaporkan berkata.

Pendirian pemimpin tertinggi PAS bercanggah mengenai hasrat untuk bekerjasama dengan PPBM pada pilihan raya umum akan datang.

Meskipun, Hadi mendakwa parti itu tidak akan bekerjasama dengan PPBM kerana ia mempunyai hubungan dengan DAP dan PAN, timbalannya Tuan Ibrahim Tuan Man menyatakan perbincangan masih dijalankan.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top