.... Gagalnya Ahli Parlimen Bernama Kit Siang | AAKJ





MCA menyifatkan Lim Kit Siang adalah wakil rakyat "bidan terjun" dan gagal kerana sering berubah kawasan yang ditandingi.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata sikap berdolak-dalik Kit Siang dalam pemilihan kawasan yang mahu ditandingi juga mengaburi masyarakat di sebalik kegagalannya berkhidmat kepada rakyat di kawasannya.

Katanya, sikap Kit Siang yang gemar berdolak-dalik juga terserlah dengan kegagalannya memberikan jawapan konkrit ketika ditanya mengenai hasratnya bertanding di kawasan lain pada pilihan raya akan datang.

"Sejak dulu pun Kit Siang hanya bertanding sepenggal di kawasan yang ditandingi kecuali Ipoh Timur selama dua penggal. Beliau seperti calon 'bidan terjun' bukan mahu berkhidmat pun" katanya.

"Dia (Kit Siang) suka berdolak-dalik dan tidak berani pun memberi kepastian sama ada untuk kekal di Gelang Patah atau bertanding di tempat lain apabila ditanya berikutan masyarakat di kawasannya, di Gelang Patah sudah mula bosan dan mempertikaikan peranannya sebagai ahli parlimen yang gagal menjalankan tugas" kata beliau.

"Oleh sebab itulah Kit Siang tidak berani beri jaminan akan kekal bertanding di Gelang Patah kerana bimbang masyarakat semakin mempertikaikannya" katanya lagi.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengiringi lawatan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ke Parlimen Ayer Hitam di Dewan Komuniti Ayer Hitam, hari ini. 

Dalam pada itu, turut hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semarang iaitu Datuk Samsolbari Jamali.

Semalam, Kit Siang dilaporkan tidak menolak kemungkinan mencari kawasan 'baharu' untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) akan datang.

Dilaporkan, Kit Siang menyatakan walaupun Parlimen Gelang Patah menjadi keutamaannya tetapi jika ada permintaan atas faktor strategik kemenangan parti, beliau akan memikirkan pekara berkenaan.


MCA menyifatkan Lim Kit Siang adalah wakil rakyat "bidan terjun" dan gagal kerana sering berubah kawasan yang ditandingi. Timbalan Presidennya, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata sikap berdolak-dalik Kit Siang dalam pemilihan kawasan yang mahu ditandingi juga mengaburi masyarakat di sebalik kegagalannya berkhidmat kepada rakyat di kawasannya. Katanya, sikap Kit Siang yang gemar berdolak-dalik juga terserlah dengan kegagalannya memberikan jawapan konkrit ketika ditanya mengenai hasratnya bertanding di kawasan lain pada pilihan raya akan datang. "Sejak dulu pun Kit Siang hanya bertanding sepenggal di kawasan yang ditandingi kecuali Ipoh Timur selama dua penggal. Beliau seperti calon bidan terjun bukan mahu berkhidmat pun. "Dia (Kit Siang) suka berdolak-dalik dan tidak berani pun memberi kepastian sama ada untuk kekal di Gelang Patah atau bertanding di tempat lain apabila ditanya berikutan masyarakat di kawasannya, di Gelang Patah sudah mula bosan dan mempertikaikan peranannya sebagai Ahli Parlimen yang gagal menjalankan tugas. "Oleh sebab itulah Kit Siang tidak berani beri jaminan akan kekal bertanding di Gelang Patah kerana bimbang masyarakat semakin mempertikainya," katanya. Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengiringi lawatan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ke Parlimen Ayer Hitam, di Dewan Komuniti Ayer Hitam, dekat sini, hari ini. Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semarang, Datuk Samsolbari Jamali. Semalam Kit Siang dilaporkan tidak menolak kemungkinan mencari kawasan `baharu' untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) akan datang. Kit Siang dilaporkan berkata, walaupun Parlimen Gelang Patah menjadi keutamaannya tetapi jika ada permintaan atas faktor strategik kemenangan parti, beliau akan memikirkan perkara berkenaan.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/264292

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top