.... Foto Atlit Karate Sabah Belasah Suspek Cuba Rogol Hingga Koma? | AAKJ




Kota Kinabalu: Polis menafikan berlakunya kejadian atlet karate wanita membelasah dua lelaki yang cuba menyamun dan merogolnya sehingga koma di daerah ini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata, tiada sebarang laporan dibuat sama ada di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, IPD Penampang atau mana-mana balai polis.

"Orang ramai dinasihatkan mendapatkan pengesahan sesuatu berita itu sama ada benar atau palsu. Bukannya menyebarkan sesuatu berita sebelum disahkan pihak berwajib," katanya di sini, hari ini.

Berita kononnya atlet wanita Sabah itu membelasah dua lelaki sehingga koma menjadi tular sejak semalam.

Dikatakan atlet berusia 20 tahun itu sedang memandu seorang diri pada jam 11.40 malam dan dua pendatang asing tanpa izin (PATI) mengekorinya sebelum menahan kereta mangsa.

Penjenayah itu dikatakan memaksa mangsa menyerahkan wang sambil mengeluarkan sebilah pisau dan cuba merogolnya namun dibelasah hingga koma.



Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top