.... DUN Tungku Tidak Perlu Melakukan Pilihan Raya Kecil | AAKJ






Terbaru, tiada pilihan raya kecil (PRK) akan diadakan bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tungku berikutan kematian penyandangnya, Datuk Mohd Suhaili Said, petang semalam. 

Bagaimanapun, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Johnny Mositun, berkata keputusan rasmi akan ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). 

"Lazimnya, jika tempoh kurang daripada dua tahun sebelum berakhirnya tempoh penggal pilihan raya, tiada pilihan raya kecil akan diadakan. 

"Bagaimanapun, ia terserah kepada SPR untuk membuat keputusan. DUN Sabah akan memaklumkan secara rasmi kepada SPR minggu depan mengenai kekosongan kerusi DUN Tungku," katanya ketika dihubungi BH, di sini, hari ini. 

Mohd Suhaili, 56, yang juga Pengerusi Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) menghembuskan nafas terakhir di sisi isterinya, 

Datin Dayang Sopiah Datu Jamiuddin bersama tiga anaknya ketika menerima rawatan di Hospital Gleneagles Ampang, jam 3.10 petang semalam. 

Sementara itu, Jurucakap SPR Sabah, berkata SPR akan menentukan sama ada PRK di sesebuah DUN atau Parlimen perlu diadakan. 

"Namun, lazimnya jika tempoh itu kurang daripada dua tahun, PRK tidak perlu diadakan kecuali ada sebab tertentu. DUN Sabah hanya perlu memaklumkan kekosongan DUN itu," katanya.

-BH

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top