.... Debat Nazri Dan Dr. Mahathir Hanya Buang Masa? | AAKJ





SEBELUM debat pun sudah kata mengata. Inikan pula nanti apabila berlangsung 7 April depan di Shah Alam.

Tun Dr. Mahathir Mohamad mengata Datuk Seri Nazri Aziz ‘macam orang bisu duduk diam-diam di sebelah saya’ dalam pertemuan setengah jam di tepi Sungai Perak di Lembah Kuala Kangsar baru-baru ini.

Nazri pula ada hujahnya kenapa berperi laku sedemikian.

Tidak ketahuan apa yang ada dalam pemikiran Nazri sehingga teruja mahu berdebat dengan Dr. Mahathir dalam isu dakwaan 1MDB. Sedangkan isu itu sudah diperjelaskan oleh kerajaan.

Adakah Nazri orang yang ada kredibiliti dan pengetahuan untuk bercakap isu itu? Apatah lagi isu 1MDB dan Bumiputera Malaysia Finance (BMF) sudah diketahui umum.

Ada menyatakan debat Nazri-Dr. Mahathir adalah peribadi dan tidak mewakili kerajaan. Jadi debat ini untuk apa? Relevankah?

Dalam mana-mana perdebatan, prinsipnya adalah logos, etos dan pathos - teori ahli falsafah Yunani, Aristotle. Logos bermaksud pendebat itu akan tampil dengan segala dalil, fakta dan hujahnya untuk ‘membuktikan’ sesuatu dakwaan. Ini sehinggakan khalayak ‘terlihat, terdengar dan terasa logik’ di benak fikiran mereka.

Etos pula berkaitan kewi­ba­waan dan kredibiliti pendebat berserta ilmu dan pengetahuannya dalam isu terbabit.

Pathos (emosi) pula tentang bagaimana pendebat akan menggunakan segala omongan mereka dengan melontarkan contoh untuk meyakinkan khalayak, yang kemudian akan mencari lebih terperinci hal-hal semacam ini.

Walaupun secara prinsipnya orang ramai suka debat, namun sejauh mana mereka yang mendengar dan memerhati, boleh menerima hujah yang di­sampaikan secara rasional?

Adakah kesediaan Nazri untuk masuk gelanggang Dr. Mahathir umpama satu `perangkap’ Pakatan Harapan yang diketuai DAP. Ini sekali gus menjadikan isu dakwaan 1MDB semakin bercelaru, tambah keliru.

Suatu ketika Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun debat kedua-duanya masih dipersoalkan re­levannya. Dan sesiapapun tahu siapa ‘pemenang’nya.

-UM

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top