.... Dakwaan Rogol: Mat Sabu Disaman RM1.5 Juta | AAKJ



Berhubung dakwaan beliau merogol seorang perempuan bawah umur pada 1994, bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik menfailkan saman fitnah RM1.5 juta terhadap Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamed Sabu.

Rahim menfailkan saman awal bulan ini, berkata dakwaan yang dilemparkan terhadap beliau adalah tidak benar dan beliau tidak pernah didakwa untuk kesalahan itu.

Bagaimanapun, Rahim yang bersara dari jawatannya pada 1994 mengakui polis menjalankan siasatan tetapi peguam negara ketika itu mengumumkan perkara itu tidak akan diteruskan kerana kekurangan bukti.

Beliau menyifatkan dakwaan yang dilemparkan terhadapnya itu berniat jahat dan bertujuan merendahkan kehormatan dirinya dalam kalangan masyarakat.

Pada 1 Julai tahun lepas, Mohamed Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu dikatakan membuat kenyataan memfitnah itu kepada orang ramai di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang di Jalan Northam.

Mat Sabu membuat ucapan itu di himpunan membantah penahanan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng atas dakwaan korupsi.

Rahim berkata kenyataan itu membayangkan beliau seorang lelaki yang rendah moral dan pernah merogol seorang perempuan Melayu.

Tambah beliau lagi, kenyataan itu juga bermakna siasatan tidak dijalankan dengan sewajarnya dan beliau mengatasi undang-undang.

“Ucapan Mat Sabu itu telah tersebar secara meluas di media sosial seperti WhatsApp dan Youtube,” katanya.

Bagaimanapun, mahkamah telah menetapkan 6 Mac untuk pengurusan kes.


SUMBER


PENAFIAN : Artikel pendedahan ini adalah diambil sepenuhnya dari laman blog UtaraNews dengan tajuk asal 
Mat Sabu terima padah, disaman RM1.5 juta. Segala isi kandungan ini adalah dari penulis blog berkenaan dan pihak azmykelanajaya.com mungkin tidak bermaksud sedemikian. Pihak azmykelanajaya.com berharap pihak yang dituduh/diceritakan dalam artikel ini tampil membuat penafian jika ini merupakan fitnah dari pihak tak bertanggungjawab keatas dirinya, atau sebaliknya. Terima kasih.


Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    1. silap hari dia bakal kempunan bertanding PRU 14 nanti..itulah bahana mulut lancang ketika berceramah..

      ReplyDelete

     
    Top