.... Buruknya Siti Hasmah | AAKJ



DI USIA yang bakal mencecah angka 100 tahun, adalah wajar bagi seseorang itu menyibukkan dirinya untuk beribadah dan bersedia menerima jemputan dari Izrael.

Namun tidak bagi pengerusi PPBM Dr Mahathir Mohamad dan isterinya, yang memilih untuk berkelakuan seperti kebudak-budakkan demi memburukkan nama baik Perdana Menteri.

Selepas selesai menghasut rakyat Johor di sebuah program ceramah PPBM, Dr Mahathir bersama-sama isterinya sanggup turun ke tapak projek Forest City semata-mata untuk menangkap gambar dengan aksi yang menjelekkan.

Dalam adat orang Melayu, tingkah laku kedua-dua mereka tak ubah seperti budak-budak liar yang rosak akhlak dan tidak bertamadun.

Entah tidak diketahui apa puncanya yang menyebabkan Dr Mahathir terlalu marah kepada status pemilikan tanah projek berkenaan sehingga dia sanggup mengheret isterinya sekali yang telah uzur dimamah usia untuk bergambar jelek bersama-samanya.

Adakah Dr Mahathir begitu marah kerana projek berkenaan tidak berjaya sampai ke tangan para kroninya yang telah ‘di pelihara’ olehnya sejak 22 tahun berkuasa?

Atau mungkinkah dia sengaja mahu memanjangkan isu bahawa pihak kerajaan sudah ‘menjual’ negara kita kepada pihak China melalui projek berkomersial tinggi itu?



Sedangkan dirinya ketika berkuasa telah ‘menghilangkan’ sejumlah besar wang negara tanpa diketahui oleh sesiapapun.

Walaupun DYMM Tuanku Sultan Johor telah menegur Dr Mahathir berulang kali dengan nada murka, namun lelaki yang memiliki super ego dan penuh korupsi ini tetap mahu ingkar nasihat Tuanku dengan beraksi penuh sinis.

Pesan kami kepada Dr Mahathir, berhentilah dari berkelakuan tidak senonoh dan kebudak-budakan seperti ini. Sebenarnya, apa yang dilakukan Dr Mahathir ini bukan menambah bangga keatas diri Negarawan ini (kononnya), sebaliknya ia semakin menyebabkan anak muda mula berasa mual, jelek dan keji terhadap Dr Mahathir sendiri.

Dr Mahathir harus sedar, dunia yang kita sedang duduki ini ada Tuhannya. Maka, tidak mustahil segala dosa-dosa, salah laku dan niat kotor Dr Mahathir selama ini akan diketahui juga lambat laun. Berhentilah Dr Mahathir, daripada mengunjungi tapak projek Forest City itu, adalah lebih baik anda membawa isteri yang sedang uzur itu pergi membeli sejadah, Al Quran, tasbih dan kelengkapan solat. Ada faedahnya dari beraksi seperti budak tidak bertamadun. –Tv14




Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top