.... Bekas Pegawai Khas Cabar Berdebat, Mukhriz Sahut Cabaran | AAKJ







Setelah dicabar berdebat, Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir menyahut cabaran bekas pegawai khas politiknya, Haris Che Mat untuk berdebat, Rabu ini.

Mukhriz berkata, beliau mengalu-alukan cabaran Haris untuk berdebat dengannya secepat mungkin tanpa sebarang syarat.

"Saya cadangkan pada 29 Mac ini atau mana-mana tarikh tapi secepat mungkin. Buat di Pokok Sena... kita buat di kawasan yang mungkin dia nak bertanding mungkin mewakili BN (Barisan Nasional).

"Kalau dia terima, permit semua diluluskan, saya cadang 29 Mac ini atau secepat mungkin tanpa sebarang syarat. Nak buat 'live' pun boleh... banyak pendedahan saya nak buat," katanya di sini malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai cabaran Hariz untuk berdebat mengenai bagaimana beliau boleh menjadi seorang jutawan dalam masa bagitu singkat.

Dalam pada itu, secara sinis bekas Menteri Besar itu memberitahu, beliau berasa bangga dengan dakwaan Haris yang menyifatkannya sebagai jutawan.

"Saya nak tahu juga dari mana dia mendapat keyakinan itu (jutawan) adalah fakta... sebab saya sendiri tak tahu. Kalau dia ada maklumat, saya pun nak tahu.

"Maka hari itu, boleh dia dedahkan dan saya menanti-nantikan peluang untuk mematahkan hujahnya. Biar dia dedahkan (rahsia) sebab kita pun banyak bukti dan rahsia dia dan bos-bosnya," ujarnya.

Mukhriz yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Hitam berkata, beliau telah lama menantikan peluang untuk berdebat dan menyifatkan cabaran Haris itu adalah peluang keemasan buatnya.


- UM

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top