.... Bayar RM3, Makan Sampai Kenyang. | AAKJ




Itu konsep berniaga sambil beramal diperkenalkan usahawan Bumiputera muda di sini bagi memberi peluang kepada keluarga besar untuk menjamu selera dengan pelbagai juadah sambil berjimat.

Faiz Fahmi Sazali, 28, yang juga Pengarah Urusan Bin Ali Group, berkata konsep itu diperkenalkan bersama rakannya, Harizan Osman, 43, menerusi projek Dapur Rakyat Langkawi (DPR) di Langkawi Chef Corner di Padang Matsirat di sini.

"Menerusi projek ini, orang ramai yang hadir bersama keluarga boleh memilih dan menikmati lebih 10 juadah yang disediakan secara layan diri dan makan sampai kenyang pada harga RM3.

"Bagaimanapun, mereka yang ingin menyertai projek ini mulai jam 11 pagi hingga makanan habis setiap hari perlu mendaftar dengan kami terlebih dahulu," katanya ketika ditemui di sini, sebentar tadi.

Faiz Fahmi berkata, pada peringkat permulaan pihaknya berhasrat mendaftar seramai 500 ahli DPR terdiri pelbagai latar belakang dan sasaran keseluruhan ahli bagi projek ini adalah seramai 2,000 orang.

"DPR adalah projek kebajikan kedua saya bertujuan membantu orang ramai susulan kenaikan kos hidup selepas Projek Dobi RM1 yang dilaksanakan selama dua hari berakhir semalam.

"Bagi orang awam khususnya pelancong yang tidak mendaftar sebagai ahli, mereka masih boleh menikmati juadah sama dan makan hingga kenyang, tetapi dengan bayaran RM5," katanya. Yang turut hadir memeriahkan majlis pembukaan dan pendaftaran sebagai ahli DPR ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuah, Nor Saidi Nanyan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Datuk Azizan Noordin.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top