.... Apa Yang Palsu Pada Siti Hasmah? | AAKJ




Mungkin ada benarnya soksek-soksek selama ini tentang peranan Siti Hasmah dalam mengatur perjalanan hidup Mahathir dan juga menyususn kekayaan anak-anak mereka termasuk anak angkat dan saudara mara terdekat.

Selama 22 tahun menjadi isteri kepada Perdana Menteri ke 4 dan menjadi ibu kepada anak-anak yang berjaya meletakkan nama sebaris dengan individu terkaya di Asia tentu rakyat Malaysia tertanya akan hal ini. Dan Siti Hasmah perlu tampil, tidak perlu berselindung lagi. Watak konon hanya suri dan ibu di sebalik tabir sudah basi apabila akhirnya warna sebenar Siti Hasmah akhir-akhir ini semakin menyerlah. Hidupnya palsu!



Lihat sahaja kelmarin di Johor apabila beliau di lihat muncul dengan penuh semangat bersama Mahathir di dalam siri jelajah memfitnah UMNO BN. Watak asli terserlah betapa beliaulah selama ini yang mencorakkan kuasa Mahathir dan membina kehidupan anak pinaknya menjadi antara manusia terkaya di atas muka bumi ini.

Mungkin Siti Hasmah sudah tidak mampu berselindung dari topeng kepalsuan kerana perasaan amarah terhadap PM Najib, UMNO BN tidak mampu di bendung lagi. Beliau sendiri di pentas bersama dengan Kit Siang dan pemimpin PAN yang lain - kalau Datin Rosmah, isu aurat akan menjadi tajuk utama, namun kerana Siti Hasmah melawan PM Najib, UMNO dan BN maka apa sahaja yang dilakukan oleh Siti Hasmah dianggap OK.

Rakyat Malaysia sudah kesan tentang perilaku Siti Hasmah bermula dari beliau muncul di program tandatangan memorandum 'Selamatkan Malaysia' bersama dengan kelompok pemimpin pembangkang sebelum Mahathir mendaftar parti politiknya sendiri.

Selama 22 tahun, mana pernah nampak kelibat Siti Hasmah 'mencemarkan' kaki bertemu orang di khalayak. Sekali sekala sahaja kelibatnya sepanjang Mahathir berkuasa. Itu pun ketika mengagihkan biskut Hari Raya untuk perajurit atas nama Bakti.

Mahathir hanyalah seorang doktor yang memiliki sebuah klinik yang amat kecil di pekan yang kecil di sebuah negeri yang bukannya terkaya di Malaysia. Bertuah kerana jodohnya dapat berkahwin dengan Siti Hasmah, anak kepada penjawat awam yang berpangkat besar ketika itu. Dulunya dikenali sebagai kakitangan kerajaan sebelum namanya ditukar kepada penjawat awam.

Walaupun keluarga Siti Hasmah nampak kaya namun ia hanya di dalam kategori keluarga yang senang dan bukannya jutawan memandangkan bapanya adalah seorang kakitangan kerajaan. (Betulkan Aakj kalau fakta ini silap).

Zaman tersebut, orang kerja dengan kerajaan akan dihormati dan kalau pangkatnya lagi tinggi maka lagi besarlah penghormatan yang diterima. Kalau masuk kampung, bonet kereta penuh terisi dengan hasil kampung untuk dibawa pulang.


Sejak bila anak-anak Mahathir-Siti Hasmah kaya raya?

Tidakkah anda merasa pelik. Anak-anak Mahathir-Siti Hasmah seperti kelihatan serentak menjadi kaya raya dan mereka kesemuanya menjadi kaya raya malah antara yang terkaya di Asia di zaman Mahathir menjadi Perdana Menteri.

Mungkinkah mereka kesemuanya masih belajar ketika Mahathir belum jadi Perdana Menteri atau kesemuanya menjadi kaya ketika di awal Mahathir menjadi Perdana Menteri? Perlu diingat, kesemua anak-anak Mahathir bukan dilonggokkan di dalam syarikat yang sama (Kalau ada pun mungkin hanya sementara sebelum berpindah ke syarikat sendiri - kroni baru atau kroni terpilih?).

Mereka mempunyai syarikat yang berbeza dan masing-masing dilihat 'berjaya' berniaga. Atau berjaya mendapatkan kontrak dengan kerajaan pusat dengan jangkamasa yang begitu panjang dan tiada siapa yang mampu ubah kontrak tersebut?

Bukan sekadar anak pinak Mahathir-Siti Hasmah sahaja yang berjaya menjadi super kaya, adik beradik Siti Hasmah juga bukannya orang sembarangan. Ada yang menjadi Menteri Besar Selangor dan ada yang menjadi Ketua Turus Angkatan Tentera Malaysia. Cuba selidiki. Mereka menjawat kedudukan tersebut ketika Mahathir menjadi Perdana Menteri atau sebelum dari Mahathir menjadi Perdana Menteri. (betulkan fakta dari aakj ya dan maaf kalau tersilap).

Kepalsuan di dalam hidup sang penipu lambat atau cepat akan terbongkar juga. Samada dibongkar oleh orang lain ataupun oleh diri sendiri yang tidak mampu lagi mengawal nafsu gila kuasa dan gila harta.

Ada benarnya kata-kata sahabat Aakj tentang betapa palsunya perjalanan politik mereka sekeluarga:
Tak salah kalau aku katakan yang selama ini Dr Mahathir hanya mempergunakan Umno untuk kepentingan peribadinya, dan apabila Umno tidak lagi dapat dipergunakan untuk mempertahan kepentingan peribadinya, beliau menentang UMNO. - Azman Hussin
..bersambung lagi..

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top