.... Anwar Penjenayah Liwat Dapat Kebenaran Melawat Isteri Yang "Sakit Biasa-Biasa Saja" | AAKJ



Bagaimana dengan banduan atau penjenayah berat yang lain? Adakah mereka juga boleh menikmati selama 45 minit melawat isteri atau ahli keluarga mereka yang hanya sakit biasa-biasa sahaja?

Kategori sakit yang sebagaimana yang penjara benarkan? Rakyat dan keluarga banduan nak tahu.

Dari BH:

KUALA LUMPUR: Jabatan Penjara Sungai Buloh meluluskan permohonan keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membenarkan beliau melawat isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang dimasukkan ke hospital, semalam.

Anaknya yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, mengesahkan perkara itu dan memaklumkan bapanya meluangkan masa kira-kira 45 minit bersama ibunya.

"Peguam kami menghantar surat kepada pihak pengurusan Penjara Sungai Buloh bagi mendapatkan kebenaran selepas memberikan surat pengesahan doktor.

"Alhamdulillah, ayah (Anwar) diberi kebenaran berada di hospital di samping ibu dan ahli keluarga yang lain semalam," katanya ketika ditemui di Parlimen, hari ini.

Semalam, Dr Wan Azizah dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Setiausaha Politik beliau, Rodziah Ismail, berkata keadaan ketua pembangkang yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh itu stabil dan tidak membimbangkan.



DATUK Seri Anwar Ibrahim dan isterinya, Datin Seri Wan Azizah. - Foto fail NSTP/Muhd Zaaba Zakeria Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/265114
Foto fail NSTP/Muhd Zaaba Zakeria

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top