.... Anak Cabul Budak Perempuan, Lim Guan Eng Beri Keterangan | AAKJ




Polis hari ini mengambil keterangan daripada Ketua Menteri Lim Guan Eng berhubung dakwaan anaknya mencabul seorang pelajar perempuan, enam tahun lepas.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid ketika dihubungi mengesahkan pihaknya mengambil keterangan daripada Lim di pejabat ketua menteri itu di Komtar, di sini.

“Kami mendapat arahan daripada pejabat pendakwa raya untuk merekodkan beberapa keterangan daripada Lim Guan Eng berhubung kes itu,” katanya yang enggan mengulas lanjut.

Sementara itu Lim pada sidang akhbar di pejabatnya selepas memberi keterangan kepada dua pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut tersebut, berkata ini merupakan kali ketiga polis mengambil keterangannya berhubung kes itu.

“Saya harap akan ada tindakan pada akhirnya dan sudah tentu saya bersedia untuk ke mahkamah untuk memberi keterangan,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan seorang blogger mendakwa anak lelaki Lim yang ketika itu berusia 16 tahun mencabul rakan sekolahnya dan bagi menutup mulut semua pihak keluarga mangsa dikatakan disogok dengan wang berjumlah RM200,000.
– BERNAMA

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top