.... Anak Ahli Parlimen Malaysia Diliwat | AAKJ



KUALA LUMPUR: Anak seorang ahli Parlimen mendedahkan beliau diliwat orang tidak dikenali ketika berusia berusia 6 tahun. Beliau kini berusia 23 tahun dan belajar di sebuah universiti.

The Star melaporkan Ahmad (bukan nama sebenar) berkata, bapanya masih tidak menyedari kejadian itu.

Seperti ramai mangsa kanak-kanak serangan seksual yang lain, Ahmad tidak membuat laporan polis kerana tidak tahu apa yang dialaminya ialah serangan seksual.

Katanya, beliau hanya menyedari itu adalah serangan seksual apabila menonton filem “The Kite Runner” ketika berusia 12 tahun. Beliau kemudian mengadu kepada ibunya yang menyalahkan dirinya selama beberapa minggu.

Ahmad dipetik sebagai berkata: “Saya terpaksa duduk di dalam bilik saya, berpura-pura tidak mendengar ibu saya menangis dan memohon maaf.

“Kami tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Ketika itu 2007 dan ia merupakan isu yang jarang berlaku dan

“Kami tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Ia adalah 2007 dan ini merupakan isu yang jarang berlaku dan malu, jadi satu-satunya orang yang tahu apa yang berlaku ialah ibu saya, kakak dan nenek.

“Ia begitu sukar pada kali pertama, saya tidak rasa boleh melaluinya sekali lagi (dengan memberitahu bapa saya).”

Ahmad berkata, bapanya sangat sibuk sehingga mereka hanya akan menghubungi atau mesej beliau apabila sesuatu yang serius berlaku atau tidak akan mengambil banyak masanya.

“Apabila (penderaan itu) berlaku, bapa saya dalam proses menjadi seorang ahli Parlimen, jadi ibu dan saya tidak mahu mengganggunya.

“Saya tahu beliau perlu tahu apa yang berlaku, tetapi saya tidak boleh membuatkan beliau rasa ia adalah kesalahannya kerana terlalu sibuk dengan kerja dan jika beliau tidak terlalu sibuk, beliau boleh menghalangnya daripada berlaku.”

The Star yang sedang berkempen menentang jenayah seksual melalui laporannya, mengaitkan kejadian ini bagi menunjukkan sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa jenayah seksual dan semua orang perlu berhati-hati.

Menurut laporan itu, kajian menunjukkan seorang daripada 10 kanak-kanak akan mengalami beberapa bentuk penderaan seksual sebelum mereka berusia 18 tahun. Untuk perempuan, angka itu mungkin setinggi seorang daripada 5 kanak-kanak.

Laporan itu bagaimanapun tidak memberikan butiran mengenai siapa dan bila kajian itu dijalankan.

The Star melaporkan Ahmad yakin bapanya akan menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Ahmad berkata: “RUU ini adalah permulaan bagi sesuatu yang besar. Sebelum ini, undnag-undang kita tidak cukup fokus kepada kanak-kanak.”

RUU itu dibentangkan di Dewan Rakyat pada Selasa lalu. Antara lain, ia menangani isu sokongan keterangan untuk kanak-kanak mangsa penderaan seksual, kredibiliti keterangan daripada mangsa jenayah seksual kanak-kanak, dan penubuhan mahkamah khas untuk mendengar kes tersebut.


Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top