.... Ada Musang Dalam SPRM? | AAKJ



1. Apa sudah jadi dengan SPRM? Semakin mereka lincah mengejar KPI pendedahan tangkapan dan pendakwaan setiap minggu kadang semakin terserlah juga cacat mental mereka. Dulu dalam netizen sudah mempersoalkan mengapa jika kes-kes melibatkan pemimpin UMNO dan Kerajaan SPRM begitu pantas menyiasatnya tetapi ketika pemimpin pembangkang mereka lambat berbulan-bulan. Adakah SPRM 'double standard"?

[Baca sini HANYA 7 JAM DAH BUKA KERTAS SIASATAN PENGERUSI MARA. KES RASUAH PEMBANGKANG HAMPEH! SPRM DOUBLE STANDARD?


2. Hari ini sekali lagi SPRM melakukan sesuatu yang bersifat popular dan memburukkan organisasi iaitu satu tembakan rambang tanpa menyebut siapa pelaku yang terlibat. Kenyataan Media SPRM hanya menyebut MT UMNO mengundang spekulasi buruk pada organisasi itu. Agaknya dengan cara ini maka SPRM lebih popular berbanding cara mereka mengumumkan kenyataan media pemimpin pembangkang.

3. Berapa banyak laporan yang dibuat kepada SPRM sebelum ini melibatkan pemimpin pembangkang seperti Azmin Ali, Zuraida Kamaruddin, Manikavasagam, Adam Rosly, Hilman Idham, Zulfahimin atau kepada Shafie Apdal yang sampai kepada SPRM dan SPRM mengesahkannya dalam kenyataan media rasmi? Ada tak nampak kenyataan media mengenai siasatan terhadap Azmin Ali yang dilapor oleh CheguBard bahawa SPRM menerima aduan dan membuka kertas siasatan?

4. Susah sangat ke menyebut nama pemimpin atau jawatan yang mereka terlibat dari membuat serkap jarang ? MT UMNO? berapa ramai MT UMNO? Jangan main pukul rata. SPRM berniat jahat melakukan sesuatu yang mereka tidak lakukan sebelum ini. Kenapa?

Pegawai SPRM Musang Berbulu Ayam?



5. Masih ingat dengan kes pegawai SPRM yang disiasat polis pada tahun 2015 kerana membocorkan maklumat siasatan kepada pihak luar? Kisah Datuk Bahri Mohd Zin Pengarah Operasi Khas dan Datuk Rohaizad Yaakub Pengarah Komunikasi Strategik SPRM yang dipindahkan serta merta ke JPM namun akhirnya kembali di SPRM atas desakan bekas TKP Operasi SPRM Dato' Sri Shukri Arif. Selepas TKP Operasi dan Datuk Bahri berpencen anasir-anasir Musang berbulu ayam disingkirkan secara perlahan-lahan dalam SPRM.

6. Namun sisanya masih ada iaitu Datuk Rohaizad Yaakub Pengarah Komunikasi Strategik SPRM orang yang meraikan pembangkang dipintu SPRM pada 6 Ogos 2015 masih kekal jawatan itu. Lihat saja bentuk surat kenyataan media yang mereka keluarkan. Jika pegawai UMNO dan kerajaan sangat pantas mereka beraksi kurang 7 jam. Jika pembangkang kalau tiada desakan tunggulah pasti berbulan-bulan. Hendak guna perkataan sesuai dalam kenyataan media pun mereka serabut. SPRM ni kerja untuk siapa? untuk pembangkang ke? Hendak siasat silalah siasat nak umum kertas siasatan. Ada banyak laporan jangan memilih!

7. Datuk Dzulkifli Ahmad, Ketua Pesuruhjaya SPRM, kita menyanjung anda sejak anda bertugas di pejabat Peguam Negara. Kita melihat anda adalah harapan dari membersihkan SPRM dari tangan-tangan puak Dato' Sri Shukri Arif dan Bahri yang bersekongkol dengan pembangkang. Jangan ikut sangat gaya Datuk Azam Baki kaki golf tu. Dia makan, tidur, minum, semua Golf. Hendak tembak orang jangan tembak curi!

Captain M
1 Mac 2017



PENAFIAN : Artikel pendedahan ini adalah diambil sepenuhnya dari laman blog Captain M dengan tajuk asal SPRM TERUS BERTAMBAH GILA SELAGI PEGAWAI KOMUNIKASI STRATEGIKNYA 'MUSANG BERBULU AYAM'! KP SPRM KISAH KE?. Segala isi kandungan ini adalah dari penulis blog berkenaan dan pihak azmykelanajaya.com mungkin tidak bermaksud sedemikian. Pihak azmykelanajaya.com berharap pihak yang dituduh/diceritakan dalam artikel ini tampil membuat penafian jika ini merupakan fitnah dari pihak tak bertanggungjawab keatas dirinya, atau sebaliknya. Terima kasih.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    1. Musang berbulu ayam ? Macam Ada yg
      Tak Kena..

      ReplyDelete

     
    Top