.... 18 Tahun Saya Jadi Pembangkang, Najib Adalah PM Terbaik - Bekas Setiausaha Publisiti DAP | AAKJ





1. Bekas Setiausaha Publisiti DAP Selangor, Tan Tuan Tat telah menyifatkan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai yang terbaik dalam sejarah Perdana Menteri Malaysia.

2. Menurut beliau, pencapaian Datuk Seri Najib mentadbir negara adalah jauh lebih baik berbanding pentadbiran Tun Mahathir sungguhpun terdapat banyak tuduhan yang dilemparkan oleh pembangkang.

3. Ramai termakan hasutan pembangkang dan tidak sukakan Datuk Seri Najib kini, tetapi untuk rekod sebagai pembangkang selama 18 tahun, beliau menyifatkan Perdana Menteri sebagai yang terbaik.

4. Beliau meletakkan pencapaian ekonomi pentadbiran Datuk Seri Najib sebagai perbandingan dengan lain-lain Perdana Menteri. Sebagai contoh penarafan oleh syarikat penilaian Moody’s dan S&P, Malaysia mendapat penarafan A- berbanding pentadbiran Tun Mahathir yang hanya bertaraf B.

5. Datuk Seri najib juga satu-satunya Perdana Menteri yang berjaya mencatatkan pasaran saham tertinggi.

6. Rakyat tidak seharusnya memberi ruang kepada pembangkang yang diteraju oleh Lim Kit Siang mentadbir negara dan terus memberi mandat kepada Barisan Nasional mentadbir Malaysia.

7. Beliau juga memuji pentadbiran Datuk Seri Najib dengan pelbagai inisiatif telah dilancarkan oleh Perdana Menteri dan Malaysia akan terus maju sekiranya pembangkang tidak merosakkan imej negara diperingkat antarabangsa.

8. Tuan Tat juga berharap agar rakyat membuka minda dan berpandangan lebih luas dalam menilai segala tohmahan dan dakwaan pembangkang terhadap kerajaan.



Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top