.... Wajah Siti Aisyah, Suspek Kes Bunuh Kim Jong-nam | AAKJ



JAKARTA: Indonesia memberi laluan kepada Malaysia untuk menyiasat pembunuhan abang pemimpin Korea Utara terlebih dulu dan hanya akan mendapatkan kebenaran menemui suspek rakyatnya selepas siasatan selesai.

Pengarah Perlindungan Warga Indonesia dan Pekerja Luar Negara di Kementerian Luarnya, Lalu Muhammad Iqbal berkata, pihaknya menghormati proses perundangan yang kini sedang berjalan di Malaysia dan akan terus menunggu sehingga khidmat konsul diberikan kepada Siti Aisyah.

"Kami mengambil langkah ke belakang ketika Malaysia menyiasat pembunuhan Kim Jong-nam.

Kami menghormati proses yang kini sedang berjalan di Malaysia dan akan terus menunggu sehingga mereka memberi kebenaran khidmat konsul (Siti Aisyah).

"Itu fokus kami ketika ini," katanya. Mengikut undang-undang Malaysia, pihak berkuasa memiliki hak menafikan bantuan konsul terhadap individu terbabit dalam kes perundangan sehingga siasatan selesai.

Bagaimanapun, Lalu berkata, masih awal membuat sebarang kesimpulan, mengakui keputusan penyiasat Malaysia melanjutkan tahanan reman Siti Aisyah tujuh hari lagi berikutan kekurangan bukti.

"Masih awal untuk membuat sebarang kesimpulan undang-undang berkaitan kes ini ," katanya dalam kenyataan kepada The Jakarta Post kelmarin. Secara berasingan, Ketua Polis Indonesia Jeneral Tito Karnavian memberitahu media, pihaknya berhubung dengan Polis Diraja Malaysia dan terpulang kepada rakan sejawatannya mengenal pasti jika cukup bukti untuk mendakwa Siti Aisyah dan pihak terbabit.




AsiaOne

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top