.... Video Roti Canai 'Perisa Tapak Kaki' | AAKJ



ROTI canai sememangnya antara makanan kegemaran rakyat Malaysia. Rasanya yang enak menyebabkab ramai mengabaikan kandungan kalori yang tinggi dalam makanan tersebut.

Isu kebersihan bukan pertama kali diutarakan namun ianya akan senyap seiring dengan masa.

Satu video memaparkan bagaimana tepung diuli dengan mengunakan kaki mengundang rasa loya dikalangan kita walaupun ianya berlaku di luar negara. Setelah menonton video dibawah penulis tidak akan mampu menjamah roti canai buat seketika.

Namun seperti biasa, rasa loya tersebut akan semakin hilang seiring dengan masa. Dalam masa yang sama PRU14.tv mendesak agar pihak bertanggungjawab akan melakukan pemantauan dari masa ke semasa berkenaan tahap kebersihan restoran-restoran yang menyediakan roti canai memandangkan ia telah menjadi salah satu makanan kegemaran kita.

Dengan adanya pemantauan tersebut maka perasaan ragu-ragu berkenaan kebersihan penyediaan roti canai akan dapat dibuang jauh-jauh.

– PRU14.tv

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top