.... Upah Bunuh Kim Jong-Nam $100? | AAKJ




KUALA LUMPUR: Salah seorang daripada suspek wanita yang terlibat dalam pembunuhan abang tiri Kim Jong-un dilaporkan dibayar hanya $100 (RM445.80) untuk melakukan serangan yang dia sangka hanyalah sebuah “prank”.

Selepas polis Malaysia menahan suspek ketiga kematian Kim Jong-nam, sebuah pendedahan telah dilakukan apabila kedua-dua suspek wanita dan empat lelaki itu dikatakan tidak mengenali satu sama lain sebelum dipertemukan untuk melakukan serangan tersebut.

Menurut laporan akhbar UK The Telegraph, seorang sumber daripada bidang keselamatan mendedahkan bahawa kesemua suspek tinggal di Kuala Lumpur dan direkrut oleh ejen perkhidmatan rahsia.

Dean Thi Huong,28, daripada Nam Dinh, Vietnam, telah ditahan Rabu lalu di balai perlepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), di mana Jong-nam diserang.

Seorang rakyat Indonesia, Siti Aishah telah dibawa ke tahanan pada Khamis.

Suspek ketiga pula, yang dipercayai merupakan teman lelaki Aishah, juga ditahan dan dipercayai tidak terlibat dalam kes itu tetapi telah memberikan maklumat tentang penahanan teman wanitanya, lapor The Telegraph.

Menurut laporan portal berita Indonesia, Kumpuran, Aishah telah didatangi oleh seseorang di kelab malam tempat dia bekerja di Kuala Lumpur dan telah ditawarkan $100 untuk melakukan rancangan tersebut.

Pergerakan suspek wanita pertama dirakamkan melalui kamera litar bertutup (CCTV) lapangan terbang klia2.Sumber gambar: AAP

Namun seperti Doan, dia memberitahu pihak polis bahawa dia menyangka rancangan itu hanyalah sebuah prank dan dia tidak tahu siapa sebenarnya Kim Jong-nam. Laporan itu masih belum disahkan setakat artikel ini ditulis.

Seterusnya,menurut Kumpuran, Aishah turut menyangka suspek yang lain itu merupakan sebahagian daripada krew penggambaran yang terlibat dalam rancangan realiti.

Difahamkan Aishah merupaka janda anak satu yang bekerja sebagai pembantu rumah di Jakarta sebelum berpindah ke Malaysia.

Sementara itu, kementerian luar Indonesia telah mengesahkan penahanan seorang rakyatnya berhubung kematian Jong-nam.

Keputusan bedah siasat jenazah Jong-nam akan memakan masa sehingga seminggu untuk diumumkan dan akan membuktikan tanpa keraguan lagi jika benar dia diracun.

Jenazah Jong-nam akan berada dibawah perlindungan sehingga proses autopsi selesai.

Sementara itu, seorang sumber yang dekat dengan proses bedah siasat di Hospital Kuala lumpur (HKL) mendedahkan bahawa tiada kesan tikaman di badan atau muka Jong-na,. yang membuatkan laporan-laporan terdahulu mengenai kebarangkalian dia disuntik dengan racun menjadi tipis.

Isnin lepas, Jong-nam, abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, dilaporkan berada di klia2 pada pukul 8 pagi untuk menaiki penerbangan ke Macau, China apabila seorang wanita dikatakan menghampiri mangsa sebelum menerkup kepalanya dengan kain yang mengandungi cecair beracun.

Jong-nam, yang menggunakan nama Kim Chol, dilaporkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.-MYNEWSHUB

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top