.... Tolak Wakil Rakyat "Kencing Tikus" | AAKJ



SHAH ALAM - Rakyat perlu memilih individu yang benar-benar memperjuangkan kebajikan untuk diangkat sebagai pemimpin berbanding populariti, kata Md Shukri Shuib.

Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) itu berkata, rakyat perlu hapuskan sikap pemimpin yang kejar populariti sehingga lupa perjuangan asal.

"Selepas ini rakyat jangan pilih wakil rakyat yang bukan-bukan. Sekiranya tidak dikawal, ia boleh jadi seperti kencing tikus, kita tidak mahu golongan wakil rakyat 'kencing tikus' duduk di dewan," katanya. Beliau berkata demikian pada Wacana Sinar Harian Siri 45 bertajuk Politik: Perjuangan Atau Populariti.

Wacana yang turut menampilkan Pengerusi Gabungan NGO Selangor, Datuk Seri Jamal Md Yunos; Naib Ketua AMK, Mohd Radzlan Jalaluddin dan Exco Pemuda Umno, Shahril Hamdan, dikendalikan Datuk Dahlan Maamor sebagai moderator.

Lebih 200 audien memenuhi Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, semalam.

Mohamad Syukri berkata, ahli politik yang bersifat 'kencing' ini ini bahaya kepada negara. Sikap sebegini membazir wang rakyat untuk membayar gaji mereka.

Dalam nada berseloroh, Dahlan mencelah, wakil rakyat 'kencing kawan' lagi berbahaya dan disambut dengan ketawa dan tepukan gemuruh oleh hadirin.

"Kita perlukan wakil rakyat yang bukan hanya menjadi wakil kepada rakyat untuk duduk di dewan sahaja, dapat elaun, bertaraf Jusa dan sebagainya, tapi individu yang mendengar suara dan permasalahan rakyat.

"Sebab itu perjuangan harus diutamakan bukannya populariti," katanya.

Mohamad Shukri berkata, seorang pemimpin haruslah ikhlas dalam membuat perjuangan, kerana daripada perjuangan itu akan lahirnya populariti secara automatik.

Katanya, perjuangan yang baik akan berlandaskan kepada dua elemen.

"Jika berasaskan perjuangan syaitan, ia akan menyesatkan manusia, namun jika berpaksikan kepada tujuan yang murni ia kan meninggalkan kesan yang positif, tidak memudaratkan rakyat," katanya.





Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top