.... Seorang Lagi Suspek Bunuh Kim Jong-nam Ditangkap | AAKJ




Kuala Lumpur: Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan seorang lagi wanita ditahan dipercayai ada kaitan dengan kematian Kim Jong-nam.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi Bernama pagi ini, namun ketika ditanya mengenai butiran lanjut berhubung penahanan itu seperti kewarganegaraan, beliau berkata satu kenyataan rasmi akan dikeluarkan hari ini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata pihaknya akan melakukan beberapa siri tangkapan susulan penahanan suspek pertama, semalam.

Saya boleh katakan polis mempunyai maklumat yang mengaitkan suspek pertama yang kita tahan semalam dengan kematian lelaki itu.

“Polis sedang giat mengesan beberapa lagi individu yang boleh dikaitkan dengan kes ini," katanya.

Semalam, polis menahan seorang wanita warga Vietnam, Doan Thi Huong, 29, ketika keseorangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (Klia2) pada 8.20 pagi.

Isnin lalu, Kim Jong-nam, abang tiri pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, diserang ketika berada Klia2 pada 8 pagi untuk menaiki penerbangan ke Macau.

Beliau meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top