.... Rakaman CCTV: Wanita Suspek Bunuh Jong-Nam Di KLIA | AAKJ



Seoul/Kuala Lumpur: Agensi perisikan Korea Selatan yakin ejen wanita Korea Utara membunuh abang tiri pemimpin yang dilakukan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), kelmarin.

Menurut Reuters, pegawai kanan kerajaan Korea Selatan, mereka diberi taklimat oleh agensi perisikan mengenai kematian Kim Jong-Nam, 46, dan agensi berkenaan yakin mangsa mati akibat racun.

Menurut mereka, pemimpin agung Korea Utara, Kim Jong-Un, sebelum ini sudah mengeluarkan arahan pembunuhan abangnya yang berkuatkuasa sepanjang masa, termasuk cubaan membunuh Jong-Nam yang gagal pada 2012.

Menurut agensi perisikan Korea Selatan itu, Jong-Nam tinggal dengan isteri keduanya di Macau di bawah perlindungan China dan dia juga dipercayai ada isteri dan anak lelaki di Beijing dan kerajaan China menyatakan akan melindungi keluarga Jong-Nam.

Associated Press (AP) melaporkan, polis sedang memeriksa rakaman CCTV kejadian itu KLIA dan bedah siasat mayat Jong-Nam dilakukan hari ini.

Menurut AP, seorang pegawai kanan kerajaan Malaysia berkata, Jong-Nam diserang di kawasan beli-belah lapangan terbang sebelum memasuki pemeriksaan imigresen untuk penerbangannya ke Macau.

Menurut pegawai itu, Jong-Nam yang meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya, memberitahu anggota pasukan perubatan dia diserang dengan semburan kimia.

Sumber polis Malaysia menyatakan berdasarkan rakaman CCTV itu, sekurang-kurangnya seorang wanita terbabit dalam serangan terhadap Jong-Nam.

“Sehingga kini, berdasarkan rakaman CCTV itu, kami boleh mengesahkan seorang wanita,” kata sumber berkenaan.

Antara pembunuhan pemimpin yang menggunakan racun termasuk seorang rakyat Bulgaria yang tinggal dalam buangan di London, pemimpin Hamas pada 1997 dan Presiden Palestin Yasser Arafat.

- Racun pada hujung payung membunuh Georgy Markov, rakyat Bulgaria yang tinggal dalam buangan di London pada September 1978.

- Pada September 1997, ejen Israel yang menyamar sebagai kakitangan kerajaan Jordan meracun pemimpin Hamas Khaled Meshaal yang tinggal di sana. Namun ejen itu berjaya ditahan dan Israel terpaksa menyerahkan penawar racun berkenaan bagi pembebasan ejennya membolehkan Khaled terselamat selepas koma.

- Pada September 2004, penyokong Viktor Yushchenko, menuduh Russia meracun calon presiden Ukraine itu menggunakan dioxin bagi menghapuskan saingan terhadap calon sokongan Russia, Viktor Yanukovych. Namun, Yushchenko terselamat dan memenangi pilihan raya.

- Presiden Palestin, Yasser Arafat meninggal dunia di hospital tentera di Perancis pada 2004 tanpa diketahui puncanya dan selepas siasatan, pihak berkuasa Perancis menyatakan beliau diracun berikutan penemuan kadar radioaktif polonium yang tinggi pada barang peribadinya.

- Pada September 2004, aktivis hak asasi Indonesia, Munir Said Thalib, mati akibat keracunan arsenik ketika dalam penerbangan dari Jakarta ke Amsterdam. Seorang juruterbang mengaku membunuhnya untuk agensi perisikan Indonesia. Hukuman terhadapnya diketepikan Mahkamah Agung Indonesia pada Oktober 2006.

- Polonium digunakan bagi membunuh bekas perisik Russia Alexander Litvinenko pada November 2006 yang dimasukkan dalam minumannya di sebuah hotel di London, kejadian yang menegangkan hubungan Britain dengan Russia.



Artikel Terkini

    Post a Comment Blogger

     
    Top