.... Puji Akhlak Kit Siang, Guan Eng: Abby Bakal Sertai DAP? | AAKJ




Berikutan kenyataan beliau beberapa hari yang lalu yang jelas bernada lebih sukakan pemimpin DAP iaitu Kit Siang dan Guan Eng, Abby mungkin bakal berhijrah menyertai DAP dan bukannya PAN menurut sumber pakatan harapan. Baca di SINI.

Langkah Abby memilih DAP adalah kerana peluang untuknya menjadi pemimpin wanita Melayu dalam DAP lebih cerah berbanding sekiranya beliau menyertai PAN yang majoritinya adalah bekas pemimpin PAS dan peluang malap baginya untuk 'terus maju'.

Malah Abby sendiri mengaku secara terbuka bahawa parti PAS sekarang bukan lagi seperti zaman arwah Nik Aziz sebagai Mursyidul Am.

Abby juga mendakwa pemimpin PAS kuat berdrama.

“Waktu tu saya ada Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz tempat belajar, bersembang, bertanya apa sahaja. Setiap butir perkataan Almarhum saya pahat dalam kepala saya ini.

“Alih-alih, lepas ketiadaan Almarhum Nik Abdul Aziz segalanya berubah,” katanya.

Mungkin Abby bakal dilantik memimpin sayap wanita Islam Melayu DAP kerana penampilan beliau lebih baik daripada Melayu yang sertai DAP sebelum ini seperti Dyana Yusof, Melati, Rara dan lainnya.

Mungkin juga Abby bakal dicalonkan di dalam pilihanraya umum akan datang bagi 'kuota Melayu' yang mana DAP sedar betapa kebergantungan mereka kepada ahli Melayu sediada tidak banyak membantu.

Menurut sumber lagi, Abby mungkin berguna untuk DAP untuk menarik golongan artis yang pro pembangkang untuk bersamanya.

Segalanya mungkin bagi DAP. Kalau bekas askar yang bersara kerana berani berbohong dengan membawa isu dakwat kekal pun mampu dibayar gaji yang mahal oleh DAP, apalah sangat sekiranya melantik Abby sebagai 'pegawai khas' Guan Eng atau Kit Siang.

Mungkin penyanyi Aisyah juga bakal bersama Abby?



Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top