.... Projek Kroni Mahathir? | AAKJ





Projek Kroni Tun Mahathir: Pengambilalihan MAS Oleh TS Tajuddin Ramli Mempunyai Hubung Kait Dengan Kerugian FOREX RM30 bilion!!!.

■ Tan Sri Tajuddin Ramli merupakan tokoh korporat yang hampir2 dijadikan korban atau kambing-hitam gara2 beliau menguasai saham utama MAS dan telah dilantik menerajui MAS dari tahun 1994-2001. TS Tajuddin bernasib baik kerana telah mementerai perjanjian rahsia antara beliau, Tun Mahathir dan Tun Daim Zainuddin.

■ Kisahnya bermula pada tahun 1994 apabila TS Tajuddin Ramli mengambil pinjaman dari beberapa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) berjumlah RM1.79 bilion untuk membeli saham utama MAS 32% bersamaan RM8 seunit saham yang akhirnya kerajaan kerugian besar 7 tahun kemudian. Ketika itu MAS mempunyai antara RM600-RM800 juta di dalam bentuk rizab tunai.

■ TS Tajuddin dan MAS mengalami krisis kewangan yang teruk pada tahun 1997. Pada tahun 2000 sebagai langkah terakhir, kerajaan terpaksa membeli semula (bailout) saham MAS dari TS Tajuddin pada harga RM8 sesaham yang mana harganya sama ketika MAS dibeli Tajuddin 7 tahun dulu. Bezanya, MAS hampir bangkrap!.

■ MAS telah kerugian RM256 juta pada tahun fiskal berakhir 1998 dan menjelang hujung tahun fiskal 2000, ia telah kerugian RM255.7 juta lagi. Apabila kerajaan membeli semula saham MAS dari TS Tajuddin, harga sesaham MAS ketika itu hanyalah RM3.68!!!.

■ Pembelian saham MAS oleh kerajaan pada harga RM8 seunit saham bernilai RM1.8 bilion adalah disama ertikan dengan 'bailout'! memandangkan saham semasa hanyalah RM3.68 seunit saham. Sejak tahun 1994 hingga tahun 2000 kerugian MAS secara keseluruhan dianggarkan sebanyak RM20 bilion duit pembayar cukai.

■ Pada 11hb Mei 2006 Danaharta dan Danaharta Urus serta Danaharta Managers syarikat GLC pengurusan aset negara, menyaman TS Tajudin bagi menuntut pembayaran baki hutang RM598 juta kepada pinjaman RM1.79 bilion yang belum dijelaskan lagi.

■ Sebelum itu pada 31hb Disember 2005 melalui surat guaman, TS Tajudin dituntut bayar kepada Pengurusan Danaharta dan 2 anak syarikatnya jumlah asas pinjaman sebanyak RM589,143,205.57 serta faedah 2% di atas kadar pinjaman asas Malayan Banking dibayar pada 1hb Januari 2006 sehingga selesai semuanya.

■ Kegagalan TS Tajuddin membayar hutangnya menyebabkan Danaharta mengambil keputusan menjual Technology Reources Industries Bhd (TRI). Telekom Malaysia (TM) membeli kepentingan Tajuddin dalam TRI daripada Danaharta melibatkan 260.87 juta saham TRI atau 13.14% dibuat melalui anak syarikat milik penuh TM, Telekom Enterprise Sdn. Bhd. (TESB) secara tunai dengan harga RM717 juta atau RM2.75 sesaham. Sebelum ini TRI menguasai Celcom (Malaysia), syarikat perkhidmatan telekomunikasi selular ke 2 terbesar di Malaysia. Danaharta juga hendak menjual 44.84 % (309.65 juta) saham milik TS Tajuddin dalam NALURI yang memiliki 4.57% dalam TRI secara tender kerana gagal membayar RM130.44 juta.

■ Ekoran itu pada 29hb Jun 2006 TS Tajuddin failkan SAMAN BALAS melalui peguam Lim Kian Leong & Company menuntut RM6.25 bilion daripada TM dan 12 lagi defendan berhubung penjualan saham TRI oleh Danaharta. Beliau juga menuntut ganti rugi RM7.2 bilion daripada kesemua 24 defendan.

■ Kes ini dikategorikan berprofail tinggi kerana melibatkan 2 personaliti besar dan 2 institusi penting negara, iaitu,

1. Tun Daim Zainuddin

Bekas Menteri Kewangan

2. Tun Dr. Mahathir Mohamad

Bekas Perdana Menteri

3. Bank Negara Malaysia (BNM)

4. MAS

Syarikat berkaitan kerajaan (GLC)

■ Antara alasan TS Tajuddin kemukakan saman balas ialah pada 1994 beliau diarah oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin agar membeli saham MAS sebagai satu 'KHIDMAT NEGARA' bagi membantu Bank Negara Malaysia (BNM) mengatasi kerugian tukaran asing (Forex) pada tahun 1992.

■ Kerajaan telah kehilangan RM30 bilion kesan dari kegagalan ‘permainan’ matawang asing (FOREX). Oleh itu, penjualan saham MAS adalah sebagai langkah perlu bagi kerajaan mencari keuntungan yang besar apabila operasi MAS berhasil.

Persoalan: Kenapa TS Tajuddin menyaman balas?

■ Di dalam Affidavit bertarikh 29 Jun 2006 TS Tajuddin mendakwa kerajaan Malaysia pimpinan Tun Dr Mahathir telah memungkiri peruntukan yang memberi perlindungan mutlak kepada beliau di dalam satu perjanjian sulit yang dipanggil 'OVERRIDING AGREEMENT' yang ditandatangani di belakang tabir di antara i. Pihak beliau (TS Tajuddin Ramli), ii. Tun Dr. Mahathir dan iii. Tun Daim Zainuddin yang masing2 pada ketika itu adalah Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia. Perjanjian itu berkaitan dengan pembelian 32% saham MAS oleh TS Tajuddin dari Bank Negara Malaysia (BNM).

■ Intisari OVERRIDING AGREEMENT tersebut ialah dengannya TS Tajuddin mendapat jaminan bahawa beliau bebas dari memikul apa jua liabiliti termasuk kerugian kewangan sekiranya berlaku perkara yang negatif ke atas MAS yang saham telah dibeli oleh TS Tajuddin atas ARAHAN Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

■ Atas JAMINAN ini TS Tajuddin telah mengambil pinjaman peribadi bagi membayar harga pembelian saham MAS pada RM8 seunit saham bernilai RM1.8 bilion.

■ Akan TETAPI janji ini telah tidak ditepati oleh kerajaan. Apabila kerajaan membeli balik 32% saham MAS itu daripada TS Tajuddin dalam tahun 2001, beliau dibiar menanggung pelbagai LIABILITI sehingga disaman oleh syarikat GLC Danaharta dan terpaksa menjual syarikat milik beliau pada 'Force Sale Price'.

■ Pada 15hb Februari 2012 satu penyelesaian di luar mahkamah telah dicapai oleh ke dua2 pihak yang terbabit. Terdapat catatan penyelesaian rahsia oleh Mahkamah Rayuan di antara bekas pengerusi Malaysia Airlines (MAS) dan beberapa GLC. TS Tajuddin Ramli tidak perlu lagi membayar RM589 juta hutang kepada Pengurusan Danaharta Nasional Bhd.

■ Penyelesaian tersebut dicapai apabila TS Tajuddin bersetuju menarik balik rayuannya yang bertarikh 7hb Disember 2009 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap beberapa litigan dan GLC termasuk Telekom Malaysia Bhd, Naluri Corporation, Celcom (M) Bhd, Atlan Holding Bhd dan Kumpulan CIMB Group.

■ Terdapat 3 perkara yang timbul apabila i. MAS mengalami kerugian dan apabila ii. TS Tajuddin berjaya mengemukakan SAMAN BALAS, iaitu;

1. Keputusan kerajaan membeli semula saham MAS pada RM8 sesaham adalah satu proses 'bailout' kerana harga pasarannya hanya RM3.68 sesaham.

2. Penyelesaian2 yang dilakukan di luar mahkamah mengakibatkan RM589,143,205.57 hutang yang terpaksa dipadam dari rekod kerajaan begitu sahaja.

3. Penganalisa saham dan pakar ekonomi berpendapat, kerugian akibat kegagalan operasi MAS antara tahun 1994 dan 2000 mencecah nilai kerugian RM20 bilion wang pembayar cukai!.

■ Persoalan: Siapakah penasihat Tun Mahathir pada tahun 1994?. Kerana pada masa itu MAS merupakan syarikat penerbangan yang mempunyai rizab tunai ratusan juta ringgit dan sedang menikmati keuntungan dalam operasinya!.

■ Siapa mencadangkan saham MAS dijual demi menutup kerugian RM30 bilion hasil dari operasi matawang asing (FOREX) yang gagal?. Akhirnya menyebabkan kerugian bertambah lagi RM20 bilion kepada negara dan memufliskan MAS!.

■ Kenapa puak2 pro-Tun, puak2 ANC dan puak2 pembangkang begitu ghairah membenci Perdana Menteri DS Najib dengan menuntut beliau meletak jawatan atas isu 1MDB!!?. Kenapa pilih kasih? Adakah 1MDB satu masalah besar negara?. Adakah pernah terbukti di mahkamah, 1MDB satu liabiliti kepada negara?.


Tulisan

Rozmi Mokhtar



Aakj: Tulisan ini sedang hangat tular di medium internet. Nama-nama yang terkait wajar tampil bersihkan nama.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top