.... Pengerusi Metro Kajang Bayar Nika Gee Untuk Muhyiddin? | AAKJ




RAKYAT Malaysia sudah maklum bahawa Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) sedang melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka untuk menyiasat isu skandal seks Presiden Pribumi Bersatu Malaysia(PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Datuk Azwanddin Hamzah telah dipanggil untuk memberi keterangan berkenaan skandal tersebut. Beliau turut menyerahkan bukti berkaitan untuk membantu JAIJ menjalankan siasatan.

Berdasarkan rakaman video yang viral di media sosial, Azwanddin mendedahkan bahawa Chairman Metro Kajang akan turut dipanggil memandangkan dalam akuan bersumpah bekas suami Nika Gee dikatakan turut menamakan beliau sebagai “tukang” bayar hotel dan bayar Nika Gee.

Pendedahan tersebut telah meletakan Pengerusi Metro Kajang sebagai rakan subahat dalam perbuatan maksiat Muhyiddin. Perkara ini dilihat amat memalukan serta mengemparkan rakyat Johor khususnya.

Sebelum ini, sudah beberapa kali Muhyiddin mengeluarkan kenyataan bahawa Azwandin berbohong berkaitan isu ini. Kini Azwandin mahu beliau segera membuat permohonan maaf atas tuduhan liar tersebut sebelum tindakan saman diambil.

Beberapa orang penyokong tegar Muhyiddin dilihat mendesak agar isu skandal seks Muhyiddin tidak dipolitikan. Mereka seolah-olah menuduh UMNO memperbesarkan perkara ini. Dalam isu ini, pihak yang mengenengahkan perkara ini adalah bekas suami Nika Gee sendiri yang membuat Akuan Bersumpah berkenaan skandal Muhyiddin dan bekas isteri beliau. Namun UMNO juga yang dijadikan kambing hitam.

JAIJ pula menjalankan tanggungjawab meraka dengan menyiasat dan membicarakan kes Muhyiddin atas salahlaku seks beliau. Adakah melaksanakan undang-undang ini dianggap sebagai mempolitikan skandal seks hanya sekadar ianya melibatkan seorang pemimpin pembangkang?

Mereka perlu ingat bahawa yang terlibat dalam skandal tersebut adalah Muhyiddin. Sekiranya beliau benar-benar tidak bersalah maka beliau dan penyokong perlu memberi ruang kepada JAIJ menjalankan siasatan bagi memastikan segala fakta adalah benar.

Sekiranya beliau benar-benar bersalah pula maka JAIJ berhak untuk menjatuhkan hukuman dan rakyat juga dapat melihat wajah sebenar Presiden PPBM ini. Biarkan pihak berkuasa menjalankan tugas mereka. Ikut rasa binasa, ikut hati mati.

Nampaknya, Muhyiddin perlu tampil memberikan penjelasan berkenaan isu ini. Mungkinkah Muhyiddin sanggup bersumpah di tiga masjid bagi membersihkan nama beliau? Kita tunggu dan lihat.


PRU14.tv

PENAFIAN : Artikel pendedahan ini adalah diambil sepenuhnya dari laman blog PRU14.TV dengan tajuk asal Muhyiddin Kena Jawab Skandal Nika GeeSegala isi kandungan ini adalah dari penulis blog berkenaan dan pihak azmykelanajaya.com mungkin tidak bermaksud sedemikian. Pihak azmykelanajaya.com berharap pihak yang dituduh/diceritakan dalam artikel ini tampil membuat penafian jika ini merupakan fitnah dari pihak tak bertanggungjawab keatas dirinya, atau sebaliknya. Terima kasih.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top